Wan Ahmad Tarmizi Hj Wan Daud

Wan Ahmad Tarmizi Hj Wan Daud

SEMBELIHAN KORBAN

KATA-KATA ALUAN PENULIS


Assalamualaikum warahmatulllahi wabarakatuh…



Bersyukur saya kehadrat Allah swt.kerana dengan Izin dan InayahNya, saya dapat mempromosikan beberapa artikel dan rencana saya menerusi gcpismtkk.blogspot.com ini. Tahniah juga kepada semua pembaca yang secara sengaja atau tidak melayari blog keramat ini.


Laman web atau blogger adalah laman baru yang bebas daripada kawalan atau selian pihak-pihak yang berkenaan. Penulis juga, dengan kehendak dan niatnya yang tersendiri, boleh secara bebas mengutarakan apa yang difikir dan dikehendakinya. Walaupun begitu reality dan fantasinya, maka penulis akan berusaha mengubah minda pembaca agar dapat mengambil beberapa manafaat…daripada gcpismtkk.blogspot.com ini



Sekian terima kasih.

WAN AHMAD TARMIZI HJ WAN DAUD


20 Oktober 2009



Sunday, September 27, 2009

UMAT ISLAM WAJIB CIPTA KEKUATAN RAHSIA ILMU

Umat Islam dituntut cipta kekuatan, bongkar rahsia ilmu

KEJAYAAN diharapkan dalam setiap perkara yang dilakukan. Namun, kejayaan bukan terjamin setiap masa, tetapi setiap orang akan berusaha mencapainya.
Dalam dunia penuh persaingan ini, mencapai kejayaan setiap masa bukan sesuatu yang mudah. Hanya mereka yang berkemahuan tinggi dan sedia berusaha gigih akan mengecapi kejayaan.

Mereka yang masih mencari apa yang diingini dan berfikir antara mahu atau tidak, pasti akan ketinggalan jauh di belakang.

Sikap sebegini walaupun diakui merugikan, masih menjadi pegangan sebahagian besar ahli masyarakat Islam. Jika tidak, masakan pemimpin negara mahupun cendekiawan terus menyeru umat Islam berubah demi meletakkannya sebaris umat agama lain yang sedang mengecap manisnya kejayaan itu.

Kejayaan yang dimaksudkan di sini, boleh mempunyai makna luas. Begitu pun, kejayaan yang lebih khusus, merujuk kepada kejayaan membongkar rahsia ilmu, mencipta kekuatan ekonomi dan membentuk satu bangsa (atau agama) yang disegani serta mempunyai 'suara' di persada politik antarabangsa.

Bagaimanapun, setakat ini di manakah kedudukan kita? Kenapakah sikap masyarakat Islam kini masih lagi belum mampu melonjakkan mereka menjadi masyarakat hebat dan disegani?

Kita boleh saja meletakkan sebab tertentu kenapa kelemahan itu berlaku. Kita boleh menyalahkan orang lain atau pemerintah, sistem sedia ada mahupun nasib. Namun, titik tolak kepada kelemahan ini adalah umat Islam sendiri. Kita mudah berpuas hati dengan apa yang ada dan mengejar kesederhanaan tanpa sebab.

Memanglah orang Islam dituntut untuk bersyukur dengan apa yang ada dan mementingkan kesederhanaan. Namun, kerap kesyukuran dan kesederhaan itu diletakkan pada tempat yang salah. Kita bersederhana dalam mencari ilmu, bersyukur dengan 'rezeki secupak' dan berpuas hati dengan kedudukan atau gelaran, sedangkan Islam menuntut kita menjadi umat yang mencipta dan menguasai, bukannya sekadar menjadi pengguna semata-mata.

Agama Islam adalah agama kejayaan. ‘Marilah menuju kejayaan’ dilaungkan sebanyak 10 kali setiap hari kepada seluruh umat Islam demi mengingatkan kita betapa pentingnya kejayaan itu. Pastinya, seruan kejayaan ini meliputi kejayaan di dunia mahupun akhirat.

Oleh itu, kita tidak mempunyai pilihan. Kita tidak boleh memilih hanya kejayaan dunia dan menolak akhirat atau menolak dunia dan mengejar akhirat saja. Sebaliknya, ketinggian martabat manusia ini terletak kepada kemampuannya menggabungkan kejayaannya di dunia dan akhirat.

Apabila bercakap mengenai mencapai kejayaan, elok juga menyingkap kejayaan umat terdahulu. Dalam hal ini, kejayaan dalam bidang ilmu pengetahuan menjadi ukurannya. Umat Islam terdahulu bersungguh-sungguh mencari ilmu hinggakan mereka dapat menguasai pelbagai bidang ilmu.

Ada ramai ilmuwan Islam dan salah seorangnya adalah Ibnu Sina. Beliau ialah pakar dalam bidang perubatan dan menulis buku bertajuk 'Al-Qanu Fit-Tib' yang masih lagi menjadi rujukan di universiti seluruh dunia. Bukan itu saja, beliau menguasai bidang ilmu yang lain seperti astronomi, fizik, kimia dan matematik.

Tidak ketinggalan juga al-Biruni yang pakar dalam bidang astronomi, matematik, fizik, perubatan, geologi dan sejarah. Beliau juga menguasai banyak bahasa seperti bahasa Yunani, Ibrani dan Sanskrit. Al-Biruni ialah orang pertama yang menerangkan fenomena gerhana dan yang pertama mengetahui bahawa bunga mempunyai tiga, empat, lima, enam dan lapan belas kelopak, tetapi tidak pernah tujuh atau sembilan kelopak.

Penemuan dan ciptaan ilmuwan Islam ini sebenarnya menjadi asas kepada kejayaan bidang ilmu di Barat. Sayangnya, umat Islam kini hanya tumpang berbangga dengan kejayaan ilmuwan Islam terdahulu, tetapi belum berdaya untuk mencapai kejayaan setaraf.

Menyedari kelemahan sendiri adalah titik permulaan sebuah kejayaan, namun hal ini tidak boleh berhenti di situ. Kita perlu memikirkan bagaimana hendak melonjakkan kedudukan umat Islam agar setaraf atau mungkin lebih baik daripada bangsa dan agama lain.

Persaingan dunia kini menuntut kita mempunyai sikap 'mahukan lebih'. Kita mahu mendapat lebih banyak ilmu daripada orang lain, kita mahukan kekukuhan ekonomi yang lebih daripada negara lain. Kita juga mahukan suara kita kuat dan didengari lebih berbanding negara lain. Pendek kata kita 'mahukan lebih' dalam semua perkara.

Sikap ini mungkin membuatkan kita tamak. Namun, apalah salahnya menjadi tamak, asalkan kita berada pada landasan yang betul dan tidak menyalahi Islam itu sendiri. Hal ini bermaksud, ketamakan itu tidak akan membuat kita menindas orang lain. Ia juga tidak akan menjadikan kita melakukan perkara bertentangan Islam.

Sikap 'mahukan lebih' ini akan membawa kesan yang baik dengan syarat kita mahukan kebaikan yang lebih banyak untuk diri/negara sendiri. Pada masa sama berusaha untuk menjayakan ummah Islam. Misalnya, kita 'gila' mencari ilmu, berusaha mengukuhkan taraf hidup dan mencipta kecemerlangan diri. Namun, pada masa sama berusaha meningkatkan kedudukan ummah dengan saling membantu antara satu sama lain.

Penting untuk sentiasa mengingati bahawa hubungan individu-ummah adalah hubungan timbal-balik. Oleh itu, berjayanya seseorang bergantung kepada ummah yang kuat dan begitu sebaliknya.

Umat Islam adalah umat terbaik seperti disebutkan dalam ayat 110, surah Ali Imran bermaksud: "Kamu (wahai umat Muhammad SAW) ialah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)..."

Dengan itu, marilah kita sama-sama berusaha dan membuktikan bahawa sememangnya kita adalah umat terbaik.

Keajaiaban Ciptaan Allah

Keajaiaban Ciptaan Allah dan ketepatan maklumat Al-Quran dengan Sains

Tulisan ini mendedahkan isu keajaiban ciptaan Allah yang dicatat di dalam al-Quran, dan keajaibannya telah disebut oleh Allah sejak 1400 tahun yang lalu, manusia hari ini dengan bantuan sains moden hari dapat melihat ketepatan maklumat al-Quran dan kehebatan kandungannya, ia memfokus isu berikut :-
1) Pergerakan gunung-ganang
2) Keajaiban dalam besi
3) Berpasangan dalam penciptaan.
4) Relativiti masa
5) Kadar hujan.
6) Formasi hujan.
7) Angin penyuburan
8) Ketelapan air antara lautan
9) Kegelapan dalam lautan dan Gelombang Internal
10) Susu Ibu.
11) Pengenalan diri dalam cap jari

PERGERAKAN GUNUNG-GANANG
Al-Qur'an telah menjelaskan fungsi geologi gunung-gunung yang sangat penting.
Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak ) bergoncang bersama mereka, dan telah Kami jadikan di bumi itu jalan-jalan yang luas agar mereka mendapat petunjuk. (Surah al-Anbiya; 31)
Seperti yang telah kita lihat, dalam ayat di atas bahawa gunung-gunung mempunyai fungsi untuk mengelakkan gegaran pada bumi.
Fakta ini tidak diketahui oleh sesiapapun ketika Al-Qur'an diturunkan. Ianya menjadi satu fakta yang hanya diketahui hari ini selepas penemuan dalam bidang geologi moden.
Berdasarkan kepada penemuan ini, gunung ganang telah timbul sebagai hasil pergerakan dan perlanggaran lapisan besar yang membentuk kerak bumi, apabila dua lapisan bertembung, rempuhan lapisan yang kuat akan tergelongsor di bawah lapisan yang satu lagi yang terangkat ke atas, yang mana seterusnya melengkung dan membentuk kawasan tinggi dan gunung-ganang. Lapisan bawah itu akan terus ke dasar bumi dan membentuk ketegangan di bahagian bawah. Ini bermakna pergunungan mempunyai bahagian yang memanjang ke bawah, sama besar dengan bahagian atasnya yang menonjol keluar ke atas permukaan bumi.
Dalam sebuah teks saintifik, struktur gunung-ganang diterangkan seperti berikut.
Di kawasan benua lebih tebal, di perbanjaran gunung, kerak lebih jauh ke dasar mantel.
Di dalam Al-Qur'an peranan gunung ganang itu dibandingan dengan 'pasak'.
Bukankah Kami telah menjadikan bumi ini sebagai hamparan. Dan gunung-gunung sebagai pasak?. (Surah an-Naba; 6-7)
Gunung ganang dalam erti kata lain, mengenggam lapisan pada kerak bumi bersama-sama melalui satu 'pancang' yang memanjang dari atas ke bawah permukaan bumi sekaligus menghubungkan semua lapisan-lapisan di dalam bumi ini. Melalui cara ini, ianya menetapkan kedudukan kerak bumi dan menghalangnya daripada terapung di atas batuan magma atau terapung bersama-sama dengan lapisan lain. Secara ringkas, analogi ini mirip seperti keadaan apabila kita memakukan cantuman kepingan kayu bersama-sama.
Fungsi pengukuhan gunung-ganang ini dijelaskan dalam kesusateraan saintifik dengan istilah "isostasy".Definisi isostasy;
Keseimbangan umum kerak bumi yang dikekalkan oleh satu kandungan material batu-batan di bawah permukaan di bawah tekanan graviti.
Peranan penting gunung-ganang ini adalah penemuan hasil kajian dalam bidang geologi moden dan kajian gempa bumi, sebenarnya telah dijelaskan dalam Al-Qur'an berabad lalu sebagai lambang kebijaksanaan Tuhan. Dalam ayat lain Al-Qur'an menyebut;
dan Dia menciptakan gunung-gunung di muka bumi supaya tidak bergoyang bersama kamu… (Surah Luqman;10)

PERGERAKAN GUNUNG-GANANG
Dalam sebaris ayat, kita telah dimaklumkan bahawa gunung-ganang bukanlah kaku seperti yang kita lihat, tetapi adalah dalam pergerakan secara berterusan.
Dan kamu melihat gunung-gunung itu, kamu menyangka ianya tetap di tempatnya, padahal ia bergerak seperti geraknya awan.Surah an-Naml;88.
Pergerakan gunung-ganang ini adalah disebabkan oleh gerakan dalam kerak bumi di mana ia terletak. Kerak bumi 'terapung' di atas lapisan mantel, yang lebih padat. Pada awal kurun ke 20, pertama kali dalam sejarah apabila seorang saintis jerman bermana Alfred Wegener mengemukakan bahawa benua-benua bumi sebenarnya bergabung bersama ketika ia terbentuk pertama kali, tetapi kemudian hanyut dalam arah yang berbeza-beza, dan akhirnya terpisah ketika bergerak menjauhi antara satu sama lain.
Pakar geologi baru hari ini menyedari bahawa Wegener sebenarnya adalah benar ketika mengemukakan fakta ini pada tahun 1980 an, 50 tahun selepas kematiannya. Seperti yang dinyatakan oleh Wegener dalam artikel yang diterbitkan pada tahun 1915, daratan bumi terbentuk dalam satu gugusan daratan 500 juta tahun lalu, dan daratan besar ini yang dipanggil Pangaea, terletak di kutub selatan.
Melalui anggaran, 80 juta tahun lalu, Pangaea terbahagi kepada dua bahagian yang hanyut dalam arah yang berbeza. Satu dari benua gergasi ini ialah Gondwana, yang meliputi Afrika, Australia, Antartika dan India. Bahagian yang satu lagi dipanggil Laurasia yang meliputi Eropah, Amerika utara dan Asia kecuali India. Lebih dari 150 juta tahun selepas pemisahan ini, Gondwana dan Laurasia berpecah kepada bahagian yang lebih kecil.
Semua benua ini yang timbul selepas penghayutan dataran Pangaea, bergerak secara konstan di permukaan bumi pada kadar beberapa sentimeter setahun, pada masa yang sama menyebabkan perubahan keseimbangan laut dan darat di bumi.
Ditemui sebagai satu hasil kajian geologikal yang dijalankan pada awal abad ke 20, pergerakan kerak bumi ini dijelaskan oleh saintis sebagai berikut;
Kerak dan bahagian atas mantel, dengan ketebalan hampir 100 kilometer, terbahagi kepada beberapa segmen dipanggil daratan. Terdapat enam daratan besar dan beberapa daratan kecil. Berdasarkan kepada teori dipangil 'tektonik daratan', daratan ini bergerak berpusing permukaan bumi, dengan membawa benua-benua dan lantai lautan bersamanya….pergerakan benua telah disukat pada kadar 1-5 sentimeter per tahun. Pergerakan daratan yang berterusan ini akan mengubah sedikit demi sedikit kedudukan geografi dunia. Setiap tahun, sebagai contoh, lautan Atlantik menjadi sedikit lebih luas.
Di sana harus dinyatakan beberapa fakta penting; Tuhan merujuk pergerakan gunung-ganang sebagai satu gerakan 'penghanyutan' dalam ayat tersebut. Hari ini, saintis moden juga menggunakan istilah "hanyutan benua' untuk fenomena ini.
Suatu yang tidak diragui ialah satu dari keajaiban Al-Qur'an ialah fakta saintifik ini yang baru diketahui baru-baru ini melalui bidang sains, telah pun dikhabarkan dalam Al-Qur'an.

KEAJAIBAN DALAM BESI
Besi adalah satu unsur yang disebutkan dalam Al-Qur'an dalam surah al-Hadid, yang bermaksud besi, kita dikhabarkan;
....Dan Kami telah menurunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia....Surah al-Hadid;25.
Perkataan 'diturunkan' khususnya digunakan untuk besi dalam ayat di atas difikirkan mempunyai satu pengertian metaforik untuk menerangkan bahawa besi diberikan untuk faedah kegunaan umat manusia. Tetapi apabila kita mempertimbangkan pengertian literalnya, perkataan ini akan bermaksud 'secara fizikal diturunkan dari luar angkasa', kita menyedari bahawa ayat ini menggambarkan satu keajaiban saintifik yang sangat-sangat signifikan.
Ini adalah kerana penemuan astronomi moden telah menyingkap bahawa besi yang wujud dalam dunia ini berasal dari bintang-bintang gergasi di luar angkasa.
Unsur-unsur berat dalam alam semesta adalah dihasilkan di dalam nuklid bintang besar. Sistem solar kita, bagaimanapun, tidak mempunyai struktur sesuai untuk menghasilkan besi baginya. Besi hanya dapat dihasilkan dalam bintang yang lebih besar daripada matahari, di mana suhu mencecah beratus juta darjah. Apabila amaun besi melebihi peringkat tertentu dalam sebuah bintang, bintang ini tidak dapat lagi menampungnya, dan akhirnya ia meletup dalam satu letupan yang dipanggil 'nova' atau 'supernova'. Sebagai satu hasil dari letupan ini, meteor yang mengandungi besi berserakan ke seluruh alam semesta, dan mereka bergerak melalui ruang di angkasa sehingga ditarik oleh daya graviti sesuatu jasad di cakerawala.
Fenomena ini menunjukkan bahawa besi tidak dihasilkan di dalam bumi, tetapi dibawa dari bintang-bintang yang meletup dalam angkasa melalui meteor, dan telah 'diturunkan ke dalam bumi'. Dalam cara yang persis dengan apa yang dinyatakan dalam ayat; ianya jelas bahawa fakta ini tidak dapat diketahui secara saintifik dalam abad ke, ketika Al-Qur'an diwahyukan.
BERPASANGAN DALAM PENCIPTAAN
"Maha suci Allah yang menciptakan berpasang-pasangan semuanya, di antara apa-apa yang ditumbuhkan dan dari diri mereka sendiri dan dari apa-apa yang tidak mereka ketahui". (Surah Yaasin: 36)
Sekalipun konsep 'berpasang-pasangan' secara umumnya difahami untuk lelaki dan wanita, kenyataan mengenai 'dari benda yang tidak diketahui oleh mereka' mempunyai implikasi yang luas. Hari ini, satu dari implikasi ayat ini telah di dedahkan. Seorang saintis berbangsa british Paul Dirac, yang mengusulkan bahawa zarah diciptakan berpasang-pasangan, telah dianugerahkan hadiah nobel dalam bidang fizik pada tahun 1933. Penemuan ini dinamakan Parite, menyatakan bahawa setiap zarah berpasangan dengan zarah yang berlainan dengannya iaitu anti-zarah. Anti-zarah mengandungi sifat yang bertentangan dengan sesuatu zarah. Sebagai contoh, bertentangan dengan zarah, anti-zarah bagi elektron adalah bercas positif (positron) dan anti zarah bagi proton adalah bercas negatif (antiproton). Fakta ini dinyatakan dalam sebuah sumber saintifik sebagai berikut;

RELATIVITI MASA
Hari ini, konsep relativiti masa adalah merupakan satu fakta saintifik yang telah pun dibuktikan. Hal ini telah di dedahkan melalui Teori Relativiti Einstein seawal abad ke 20. Sebelum itu, manusia tidak mengetahui bahawa masa adalah satu konsep yang bersifat relatif, dan bahawa ianya boleh berubah bergantung kepada persekitaran. Akhirnya, saintis agung Albert Einstein secara terbuka membuktikan fakta ini melalui teori relativitinya. Dia menunjukkan bahawa masa adalah bebas dari jisim dan halaju. Dalam sejarah manusia, tiada seorang pun yang pernah menjelaskan fakta ini secara nyata. Meskipun dengan satu pengecualian; Al-Qur'an telah pun memuatkan maklumat mengenai kerelatifan masa!! Beberapa ayat mengenai subjek ini berbunyi.


"Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janjinya. Sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun dari tahun-tahun yang kamu hitung. (Surah Al-Hadid: 47)
"Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya dalam satu saat yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu". Surah As-Sajadah: 5)
"Para malaikat dan Jibril naik kepada Tuhan dalam sehari yang kadanya lima puluh ribu tahun". (Surah Al-Ma'arij: 4)
Dalam setengah ayat, ianya dijelaskan bahawa manusia merasakan masa secara berbeza dan kadang-kadang mereka boleh merasa suatu masa yang singkat seolah-olah suatu masa yang panjang. Perbualan manusia berikut yang terjadi sewaktu pengadilan mereka di Hari Kemudian adalah satu contoh yang baik dalam hal ini.
"Allah berkata: berapa tahun lamanya kamu tinggal dibumi?. Sahut mereka itu: kami tinggal sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitungnya. Allah berkata: Kamu tiada tinggal (di dunia) melainkan sebentar saja jika kamu mengetahuinya. Surah Al-Mukminun: 112-114.
Fakta mengenai kerelatifan masa adalah sangat jelas disebutkan di dalam Al-Qur'an, yang dinyatakan pada tahun 610 adalah satu lagi bukti bahawa Al-Qur'an adalah sebuah kitab suci.
KADAR HUJAN
Satu dari butir maklumat yang diberikan dalam Al-Qur'an mengenai hujan ialah penurunan hujan dalam kadar tertentu. Hal ini disebutkan dalam surah az-Zukhruf sebagai berikut;
Dan Yang menurunkan air dari langit dengan kadar (tertentu) lalu Kami hidupkan dengan air itu negeri yang mati ..Surah Zukhruf;11
Kuantiti yang diukur dalam hujan telah ditemui oleh kajian moden. Satu anggaran yang telah dibuat iaitu setiap satu saat, dianggarkan 16 juta tan air mengewap dari permukaan bumi. Jumlah air yang mengewap dalam setahun lebih kurang 513 juta tan. Angka ini bersamaan dengan jumlah hujan yang turun ke bumi dalam setahun. Ini bererti air secara berterusan dikitarkan dalam satu kitaran yang seimbang, dalam satu 'kadar'. Hidupan dalam bumi bergantung kepada kitaran air ini. Sekalipun dengan menggunakan teknologi yang paling maju dalam dunia, mereka tidak akan mampu untuk menghasilkan kitaran ini secara tiruan.
Hanya dengan sedikit kekurangan dalam keseimbangan ini mampu untuk menimbulkan kecelaruan ekologikal yang besar yang akan memusnahkan hidupan dalam dunia. Bagaimanapun fenomena kitaran ini masih stabil dan hujan tetap turun dalam kadar kuantiti yang tepat seperti yang dinyatakan oleh Al-Qur'an.
FORMASI HUJAN
Bagaimana pembentukan hujan kekal sebagai misteri besar untuk beberapa lama. Hanya setelah penciptaan radar cuaca barulah peringkat-peringkat pembentukan hujan dapat di ketahui.
Berdasarkan hal ini, pembentukan hujan terjadi dalam 3 peringkat. Pertama, bahan asas dalam hujan naik ke udara melalui tiupan angin. Kemudian, awan pun terbentuk dan akhirnya titisan hujan pun timbul.
PenilaiAn Al-Qur'an mengenai formasi hujan merujuk secara tepat kepada proses ini. Dalam sepotong ayat, pembentukan ini diterangkan sebagai berikut.


"Allah, Dialah yang mengirim angin lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal: lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila hujan itu turun menimpa hambaNya yang dikehendakiNya menjadikan mereka gembira. (Surah Ar-Rum: 48)
Zarah-zarah yang mengelilingi titisan garam dan zarah-zarah habuk semakin menebal dan membentuk titisan hujan, jadi, titisan yang menjadi lebih berat daripada udara akan meninggalkan gumpalan awan dan mula untuk gugur ke bumi sebagai hujan.
Sepertimana yang kita lihat, setiap peringkat dalam pembentukan hujan adalah berkaitan dengan ayat-ayat di dalam Al-Qur'an. Selanjutnya, semua peringkat ini diterangkan secara tepat dengan tertib yang tepat. Sama seperti fenomena semulajadi yang lain yang berlaku di bumi. Tuhan memberikan penjelasan yang paling tepat seperti fenomena-fenomena ini dan memaklumkan kepada manusia di dalam kitab Al-Qur'an beberapa abad sebelum ianya diketahui. Dalam ayat lain, maklumat berikut diterangkan mengenai pembentukan hujan;
"Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bagian-bagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatan olehmu hujan keluar dari celah-celahnya, dan Allah juga menurunkan (butiran) ais dari langit, dari gumpalan awan seperti gunung maka ditimpakanNya ais itu kepada siapa yang dikehendakiNya dan dipalingkanNya siapa yang dihendakiNya. Kilauan kilat itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan. (Surah An-Nur: 43)
Para saintis yang mengkaji jenis-jenis awan menemui keputusan yang amat mengejutkan berkenaan dengan formasi gumpalan awan hujan. Gumpalan-gumpalan awan terbentuk berdasarkan kepada susunan dan peringakat yang amat jelas. Peringkat pembentukan awan Kumulonimbus, satu jenis dari awan seperti beriku.


Digerakkan dengan tiupan angin: gumpalan awan yang bergerak bersama iaitu digerakkan dengan tiupan angin.
Berkumpul- kemudiannya, awan-awan yang kecil (awan kumulus) yang digerakkan oleh angin berkumpul bersama, membentuk gumpalan yang lebih besar. 94)
3) Melonggok- apabila awan-awan kecil telah berkumpul, rangka dalam lingkungan awan yang lebih besar bertambah. Rangka yang berada dekat dengan pusat awan adalah lebih kukuh berbanding yang berada di tepi rangka-rangka ini menyebabkan awan berkembang secara menegak, dan menyebabkan gumpalan awan berlonggok-longok. Perkembangan menegak ini menyebabkn jasad awak menganjur dalam ke bahagian yang lebih sejuk di dalam atmosfera. Di mana titisan air dan awan membentuk dan mula mengembang dengan lebih besar lagi. Apabila titisan air dan ais ini menjadi lebih berat sehingga gagal untuk ditampung oleh rangka di mana mereka terletak akhirnya mereka akan gugur dari gumpalan awan sebagai hujan, ais dan lain-lain.
Suatu yang harus diingat bahawa pakar meteorologi hanya mengetahui maklumat terperinci pembentukan hujan, struktur dan fungsinya hanya di akhir-akhir ini dan melalui peralatan canggih seperti kapal terbang, satelit, computer dan lain-lain. Ianya adalah bukti bahawa Tuhan telah memberikan kita cebisan maklumat yang tidak diketahui 1400 tahun dahulu.

ANGIN PENYUBURAN
Dalam sepotong ayat Al-Qur'an, ciri-ciri 'penyuburan' dalam angin, dan formasi hujan sebagai hasilnya disebutkan;
Dan Kami telah meniupkan angin yang menyuburkan dan Kami turunkan hujan dari langit lalu kami beri minum kamu dengan air itu...Surah al-Hijr;22.
Dalam ayat ini, dinyatakan bahawa peringkat pertama dalam pembentukan hujan ialah angin. Sehingga awal abad ke 20, hubungan antara angin dan hujan yang hanya diketahui ialah angin berfungsi menurunkan hujan. Bagaimanapun, penemuan meterologikal moden telah menunjukkan peranan 'penyuburan' angin dalam pembentukan hujan.


Gambaran fungsi penyuburan angin ini adalah seperti berikut;
Pada permukaan lautan dan laut-laut, apabila gelombang udara pecah, beribu-ribu zarah halus, dengan diameter sekecil satu dari beratus millimeter naik ke udara. Zarah-zarah ini, dikenali sebagai 'aerosol', bersebati dengan debu dari daratan melalui angin, dan dibawa ke lapisan atmosfera yang lebih tinggi. Zarah-zarah ini dibawa ke altirud yang lebih tinggi oleh angin sehingga kemudian bersebati dengan wap air di atas sana. Wap air menyahwap disekeliling zarah-zarah ini dan bertukar menjadi titisan air. Titisan air ini pertamanya akan bercantum dan membentuk awan, dan kemudian jatuh sebagai titisan hujan ke bumi.
Seperti yang dilihat, angin 'menyuburkan' wap air yang berserakan di udara dengan zarah-zarah yang dibawa dari laut, dan akhirnya membantu pembentukan gumpalan awan.
Sekiranya angin tidak memiliki sifat ini, titisan air di atmosfera tidak akan terbentuk, dan di sana tidak akan wujud hujan.
Fakta yang paling penting di sini ialah bahawa peranan penting yang dimainkan oleh angin dalam pembentukan hujan telah dinyatakan berabad lamanya dalam ayat Al-Qur'an, ketika manusia hanya mengetahui sedikit sekali mengenai fenomena semulajadi…

KETELAPAN AIR ANTARA LAUTAN


Satu dari sifat-sifat laut yang baru kini ditemui ialah apa yang dinyatakan dalam sepotong ayat Al-Qur'an sebagai berikut;
Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya (lautan) ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing.Surah ar-Rahman;19-20.
Sifat lautan, sekalipun larut bersama-sama ialah satu sifat penelapan yang 'memisahkan' antara dua laut, adalah satu penemuan dalam bidang oceanographi. Hasil dari satu daya fizikal yang dipanggil 'ketegangan permukaan' (surface tension), kandungan air dalam dua laut yang berbeza tidak akan bercampur. Disebabkan oleh kepadatan cecairnya, ketegangan permukaan menghalang larutannya dari bersebati dengan yang lain, seolah terdapat di sana satu dinding nipis yang memisahkannya.
Apa yang menarik ialah sewaktu manusia belum mempunyai sebarang asas pengetahuan dalam bidang fizik, 'ketegangan permukaan' atau oceanographi, fenomena ini telah pun dinyatakan ketika Al-Qur'an diwahyukan.
KEGELAPAN DALAM LAUTAN DAN GELOMBANG INTERNAL
"Atau seperti gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula) di atasnya pula awan; gelap gelita yang tindih menindih, apabila dia mengeluarkan tangannya tiadalah dia dapat melihatnya, dan barangsiapa yang tiada diberi cahaya oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun. Surah An-Nur: 40)
Persekitaran umum dasar laut diterangkan dalam sebuah buku bertajuk Ocean.
Kegelapan di dasar laut dan lautan ditemui sekitar kedalaman 200 meter dan ke bawah. Pada kedalaman ini, di sana hampir-hampir tidak terdapat cahaya. Di bawah kedalaman 1000 meter, di sana langsung tidak terdapat cahaya.


Hari ini, kita dapat mengetahui struktur umum mengenai lautan. Sifat-sifat makhluk hidupan di dalamnya, salinisasinya melalui pengetahun tentang kadar kandungan air, kawasan dan kedalamannya. Kapal selam dan peralatan khusus yang dibangunkan dengan teknologi moden, membantu saintis untuk merakamkam maklumat seperti ini.
Manusia tidak mampu menyelam lebih dari 40 meter ke bawah tanpa sebarang bantuan atau peralatan khusus. Mereka tidak dapat bertahan tanpa peralatan di dasar, bahagian yang gelap di lautan, seperti pada kedalaman 200 meter. Atas sebab ini, para saintis hanya akhir-akhir ini mampu menyingkap maklumat terperinci mengenai lautan ini. Bagaimanapun kenyataan 'gelap gelita di lautan yang dalam' telah pun di selitkan di dalam surah An-Nur 1400 tahun dahulu. Ianya sudah pasti satu dari keajaiban Al-Qur'an di mana maklumat seperti ini dikhabarkan ketika di mana tidak ada sebuah peralatan pun yang dapat membantu manusia untuk menyelam ke dasar lautan.
Sebagai tambahan, fakta di dalam ayat 40 surah Nur: gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula) di atasnya pula awan; menarik perhatian kita kepada satu lagi keajaiban Al-Qur'an.
Para saintis baru-baru ini telah menemui bahawa di sana terdapat gelombang ombak di dalam lautan, yang mana terjadi pada kepekatan sempadan dua permukaan di atas lapisan-lapisan yang mempunyai kepekatan berbeza. Gelombang internal ini melitupi air laut yang dalam kerana bahagian yang jauh ke dalam mempunyai kepekatan yang lebih tinggi dari air yang berada di atasnya. Gelombang internal bertindak seperti ombak di permukaan lautan. Ianya boleh berpecah sama seperti ombak di permukaan. Ombak internal ini tidak dapat dilihat dengan mata manusia, tetapi ia dapat dikesan dengan mengkaji perubahan suhu atau salinisasi pada suatu kedudukan yang diberi.
Kenyataan yang terdapat di dalam Al-Qur'an berbunyi secara mutlak selari kepada penjelasan di atas. Tanpa perlu kepada pengkajian, seorang dapat melihat dengan jelas ombak pada permukaan laut. Tatapi suatu yang amat mustahil bagi seseorang untuk melihat ombak di dalam laut (internal). Sebenarnya, dalam surah Nur, Tuhan menarik perhatian manusia kepada satu lagi jenis ombak yang berlaku di dalam lautan. Suatu yang pasti, fakta ini yang baru ditemui oleh saintis baru-baru ini, menunjukkan sekali lagi bahawa Al-Qur'an adalah kalam Tuhan.
SUSU IBU
Susu ibu adalah satu sebatian yang tiada tandingan yang diciptakan oleh Tuhan yang merupakan sumber-makanan yang bermutu tinggi bagi bayi yang baru lahir dan merupakan saru sebatian yang meningkatkan kerintangan melawan penyakit. Sekalipun makanan bayi tiruan yang dihasilkan oleh teknologi terkini tidak dapat menggantikan sumber nutrisi ini yang sungguh menakjubkan.
Setiap hari, faedah susu ibu ini kepada bayi ditemui. Satu dari fakta bahawa sains telah menyingkap mengenai khasiat susu ibu ialah bahawa proses penyusuan selama dua tahun selepas kelahiran adalah sangat berfaedah. Tuhan memberikan kita satu maklumat penting yang ditemui oleh sains baru ditemui kini, dengan ayat "….. susuannya mengambil dua tahun" 1400 tahun lalu.
Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah megandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menceraikan (dari susuan) dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepadaKu lah tempat kembalimu. (Surah Luqman; 14)
PENGENALAN DIRI DALAM CAP JARI
Ketika Tuhan menyatakan dalam Al-Qur'an bahawa amat mudah bagiNya untuk membangkitkan manusia selepas kematian, cap jari manusia secara khusus ditekankan;
Apakah manusia mengira bahawa kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-temulangnya?. Bahkan, Sebenarnya Kami berkuasa untuk menyusun (kembali) jari-jemarinya dengan sempurna. (Surah al-Qiyamah; 3-4)
Kepentingan dalam cap jari mempunyai pengertian yang istimewa. Ini adalah kerana set cap jari setiap orang adalah unik bagi dirinya. Setiap orang yang hidup atau pernah hidup dalam dunia ini mempunyai satu set cap jari yang unik.
Ini adalah sebab mengapa cap jari diterima sebagai satu bukti penting pengenalan diri, yang eksklusif kepada pemiliknya, dan digunakan untuk tujuan pengenalan identiti di seluruh dunia.
Tetapi apa yang lebih penting ialah bahawa ciri-ciri cap jari ini baru ditemui pada akhir kurun ke 19. Sebelum itu, manusia menanggap cap jari adalah satu lengkungan yang biasa tanpa sebarang kepentingan atau pengertian yang spesifik. Bagaimanapun dalam Al-Qur'an, Tuhan mengisyaratkan cap jari, fakta yang tidak menarik minat siapa ketika itu, dan menarik tumpuan kita kepada kepentingannya- satu kepentingan yang akhirnya baru difahami hari ini.

TANDA-TANDA KEMATIAN


Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk engkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk
memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

RAHSIA URAT TAPAK TANGAN

RAHSIA URAT TAPAK TANGAN

Sebenarnya, melalui tapak tangan kita boleh
membuat penelitian berbagai aspek tentang
perangai atau sikap seseorang itu sama ada
lelaki atau perempuan. Melalui tapak tangan juga
kita boleh merenung masa lampaunya dan
apakah yang tersirat dihatinya. Sentuhan ini
disebut sentuhan antara hati ke hati. Akan tetapi
ilmu meneliti tapak tangan ini tidaklah perlu
mempunyai ilmu firasat atau batin. Memadai
dengan melihat beberapa perubahan fizikal tapak
tangan seseorang itu, sama ada mereka yang
kuat bekerja, malas atau bermacam-macam lagi.

Justeru itu untuk memastikan seseorang gadis itu
masih dara melalui tapak tangannya. Retak pada
bahagian kanan dan kiri tapak tangan kanannya
menandakan gadis itu sudah tiada dara. Jika
gadis itu masih dara, telapak tangannya samada
sebelah kiri atau kanan tidak akan retak.
Keretakan ini kelihatan jelas dengan urat-urat
walaupun tangan gadis itu lembut. Sebalikknya
gadis yang masih ada dara akan kelihatan kiri
dan kanan telapak tangan kanannya licin dan
lembut. Sebaliknya mereka yang tiada dara, jika
ditekan pada bahagian kiri dan kanan tapak
tangan kanannya, warna pucat akan berlaku dan
lekukan akan kelihatan terlalu mudah menolak
balik ke asal.

Walau bagaimanapun tidak semua gadis akan
mempunyai sisi reka bentuk yang dinyatakan
sedemikian. Ini selalunya berlaku pada gadis
yang berkulit tebal dan agak kasar. Tetapi untuk
mempastikan kedudukan sebenar gadis itu
antara masih dara atau tidak, anda juga oleh
memerhatikan pada bahagian tengah tapak
tangan kanannya. Jika terdapat garisan yang
terputus pada bahagian tengahnya bermakna
gadis telah hilang daranya. Akan tetapi garisan itu
tidak putus bermakna gadis itu masih suci.

Selain daripada tapak tangan, ibu jari dan jari
kelingking juga boleh memberikan petunjuk sama
ada gadis itu masih suci atau tidak. Untuk tujuan
itu anda banya perlu menyentuh ibu jarinya dan
genggam selama satu minit. Jika ibu jarinya
panas dan kelihatan merah apabila dilepaskan
dari genggaman anda, gadis itu masih dara.

Akan tetapi jika jari itu kelihatan kecut dan pucat
walaupun panas, gadis itu sudah tiada suci lagi.

Untuk melihat jari kelingking pula anda hendaklah
memegang jari kelingking gadis itu dengan
sedikit kuat selama seminit, kemudian lepaskan.
Tanyakan kepadanya bagaimana rasa jari
kelingkingnya setelah digenggam dan
dilepaskan.

Jika gadis itu mengatakan tiada rasa apa-apa,
bermakna dia sudah hilang dara. Tetapi jika dia
berkata sesuatu yang sebagai contohnya,
berdenyut, berdebar jantungnya, tersentuh
perasaan pada hatinya atau setidak-tidaknya
sedikit sakit yang berdenyut pada jarinya, maka
gadis itu suci.

Biasanya sentuhan yang saya maksudkan ini
hanya boleh dilakukan antara lelaki dan
perempuan sahaja. Jika perempuan dengan
perempuan melakukannya ia tidak memberi
kesan kepada yang melakukannya. Tetapi untuk
tujuan meneliti tapak tangan, anda sendiri boleh
melakukannya dengan memerhati garis-garis
yang ada. Jangan risau jika terdapat garis-garis
pecah pada telapak tangan anda jika anda masih
dara. Sebenarnya ada kemungkinan oleh kerana
anda bekerja agak keras, maka terdapat pada
bahagian tapak tangan anda pecah-pecah atau
berurat.

Walau bagaimanapun keperibadian yang mulia
dan sentiasa menjaga kesucian diri tidak akan
memberi sebarang kesan terhadap diri anda

JENIS-JENIS SYAITAN

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis
anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat
jimat cermat. Menggoda
supaya manusia berbelanja lebih dan membeli
barang-barang yang tidak
perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah
supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak
mendekati rakyat. Seronok dengan
kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan
rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para
ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka
menghampiri orang yang berada di tempat-
tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat
yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg
sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah.
Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan
glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan
fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit
yg mula dari kata-kata mulut.


7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM
MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita.
Jika tidak memberi salam ketika masuk ke
rumah,Daasim akan bertindak agar berlaku
keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai-
berai, suami bertindak ganas, memukul isteri,
isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-
anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan
rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia
khususnya ketika berwuduk dan solat dan
menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang
menyembah api/matahari.

SOALAN KUIZ TERBUKA PENDIDIKAN ISLAM

1. Berapakah huruf rahsia yang terdapat pada permulaan surah-surah dalam Al-Quran?
A. 14 huruf

2. Sila ucapkan ucapan Al-Istia’zah?
A. A’auzubillahi minasyaitanir rajim

3. Apakah nama unta tunggangan Rasulullah saw.
A. Luhaif

4. Surah Al-Fatihah mempunyai banyak nama. Sebutkan tiga nama lain bagi surah tersebut.
A. Alsab’ul mathani
B. Fatihatul Kitab
C. Surah Alhamd
D. Ummul Quran

5. Bilakah bermulanya penubuhan Kerajaan Khulafa’ Arrasyidun dan Kerajaan Abbasiyyah
A. 10 hijrah & 132 hijrah

6. Apakah maksud sifat Al-Ihsan
A. mereka beribadah kepada Allah seolah-olah nampak wajah Allah atau Allah nampak wajah mereka

7. Siapakah yang membina bangunan Qasr Al-Khuld?
A. Abu Jaafar Al-Mansur

8. Siapakah pengarah Kitab Ihya’ Ulumuddin yang terkenal?
A. Imam Al-Ghazali R.a

9. Apakah kalimah yang pertama diucapkan oleh Nabi Adam selepas diciptakan ?
A. Alhamdulillah

10. Sesungguhnya Akhlak Rasulullah saw. Adalah contoh yang terbaik bagi kita. Apakah ayat yang menyebut tentang Akhlak mulia Rasulullah saw?
A. Laqadkana lakum firasulillahi uswatun hasanah

11. Mengikut Imam Hasan Al-Banna, Alquran adalah pegangan umat Islam yang paling utama. Ia juga dianggap sebagai Dusturuna… apakah yang dimaksudkan dusturuna?
A. Perlembagaan Kami


12. Apakah fungsi utama “Ahlul Halli wal A’qdi”?
A. Orang yang berwibaya untuk melantik Khalifah Islam

13. Bilakah berakhirnya kerajaan Abbasiyyah
A. 650 hijrah

14. Apakah maksud “asbabul wurud?
A. Sebab-sebab Rasulullah mengamukakan hadis-hadis tertentu

15. Imam Al-Gzali banyak mengarang kitab-kitab sepanjang hayat beliau. Sebutkan dua kitab beliau yang terkenal.
A. Tahafut Al-Falasifah
B. Ihya’ Ulumuddin

16. Alquran mempunyai pelbagai nama. Sebutkan dua nama lain selain nama Al-quran.
A. Alkitab
B. Alfurqan
C. Al-Tanzil
D. Alzikru

17. Apakah tema sambutan Maal Hijrah 1426H pada tahun ini?
A. Islam Hadhari Menjana Kemajuan Ummah

18. Sebutkan pegangan khawarij yang anda tahu
A. mengkafirkan semua umat Islam yang berbeza iktikad dengan mereka
B. mengkafirkan pelaku dosa besar
C. menolak majlis tahkim

19. Sebutkan dengan tepat tarikh kelahiran Rasulullah saw. Hari, bulan dan tahun berapakah?
A. Isnin, 12 rabiulawwal tahun gajah 570 M.

20. Apakah dua nama lain bagi Rasulullah saw?
A. Muhammad
B. Ahmad

21. Sebutkan dua orang wanita yang menjadi ibu susuan Rasulullah saw.
A. Suwaibah
B. Halimah Alsaadiah

22. Sewaktu remaja, Rasulullah saw pernah terlibat dalam Perang Fujjar yang berlangsung dalam bulan-bulan yang dilarang berperang bagi orang Arab jahiliyyah. Senaraikan 3 bulan tersebut?
A. Rejab
B. Zulkaedah
C. Zulhijjah
D. Muharram

23. Terdapat beberapa patung berhala besar yang dianggap tuhan oleh orang-orang arab jahiliyyah. Nyatakan dua daripada berhala tersebut.
A. Laata
B. Uzza

24. Sebutkan dua daripada enam orang putra/putri Rasulullah saw.
A. Qasim/ Abdullah
B. Ruqayyah/ Zainab/ Ummu Kalsom/ Fatimah