Wan Ahmad Tarmizi Hj Wan Daud

Wan Ahmad Tarmizi Hj Wan Daud

SEMBELIHAN KORBAN

KATA-KATA ALUAN PENULIS


Assalamualaikum warahmatulllahi wabarakatuh…



Bersyukur saya kehadrat Allah swt.kerana dengan Izin dan InayahNya, saya dapat mempromosikan beberapa artikel dan rencana saya menerusi gcpismtkk.blogspot.com ini. Tahniah juga kepada semua pembaca yang secara sengaja atau tidak melayari blog keramat ini.


Laman web atau blogger adalah laman baru yang bebas daripada kawalan atau selian pihak-pihak yang berkenaan. Penulis juga, dengan kehendak dan niatnya yang tersendiri, boleh secara bebas mengutarakan apa yang difikir dan dikehendakinya. Walaupun begitu reality dan fantasinya, maka penulis akan berusaha mengubah minda pembaca agar dapat mengambil beberapa manafaat…daripada gcpismtkk.blogspot.com ini



Sekian terima kasih.

WAN AHMAD TARMIZI HJ WAN DAUD


20 Oktober 2009



Saturday, January 30, 2010

Tuesday, January 26, 2010

MAJLIS PERPISAHAN TN HJ ROZMI DAN EN RAZLAL.... SAYONARA..











































1. Tanggal 27 Januari 2010 [Rabu], Majlis Perpisahan untuk Encik Razlal Mansor telah diteruskan oleh Pengerusi Kelab Warga SM Teknik Kuala Krai iaitu Ustaz Wan Ahmad Tarmizi Hj Wan Daud dan rakan-rakan bertempat di Bilik Guru. Semasa diminta oleh Ustaz Wan Ahmad Tarmizi Hj Wan Daud untuk memberikan ucapan... beliau dengan nada yang sebak dan sayu menceritakan pengalaman paling pahitnya berada di sini... iaitu beliau telah "difitnah' oeh rakan-rakan pada 5 tahun yang lalu.

2. Walaubagaimana pun Majlis Perpisahan Tn. Hj. Rozmi Abd Rahim terpaksa ditangguhkan kerana terdapat masalah teknikal ...

3.. Majlis Perpisahan Tn Hj. Rozmi bin Abd Rahim akan diadakan besok 7 Februari 2010 di Dewan Anggerik bermula jam 12.00 tengahari.

4.. Semua warga SMTKK dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis ini...

5. Selamat berpindah dan Selamat bertugas di tempat baru kepada Tn. Hj. Rozmi Abd Rahim dan Encik Razlal Mansor.

6. Tn Hj Rozmi Abd Rahim berpindah ke Unit Teknik dan Vokasional , Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan manakala Encik Razlal ke Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Putrajaya...


6. Maka dengan ini maka dengan rasminya JAWATAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN KOSONG.....Maka, siapa penggantinya?

Friday, January 1, 2010

TAHUN BARU 2010.... MESYUARAT GURU PERTAMA DAN PEMILIHAN PENGERUSI KELAB WARGA SMVKK


1. Hari 31 December 2009 adalah hari terakhir 2009. Cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah setahun rupanya. Esok bakal muncullah tahun 2010. Apa cerita dengan azam 2009 anda semua? Dah tercapai ke belum? Camner plak dengan azam tahun 2010 nie? Dah buat azam baru ke belum?

2. Mesyuarat Guru Kali Pertama 2010 pun sudah bermula.... dan Alangkah seronoknya kerana senarai tugas pada tahun ini separuh lebih ringan berbanding tahun lepas, cuma yang tak seronok ialah.....

3. Selepas Mesyuarat Guru tersebut, maka saya sebagai Timbalan Kelab Warga Teknikrai 2009 mewakili Encik Noor Aziz bin Adam, Pengerusi Kelab Warga Teknikrai, . dengan rasminya membubarkan Jawatankuasa 2009 bagi membolehkan pemilihan baru 2010.... Sehubungan dengan itu beberapa nama yang dicadangan untuk jawatan Pengerusi Kelab Warga SMVKK 2010 antaranya, Encik Che Noh bin Che Hassan, Encik Aidil Alfattah Haron ,Encik Noor Aziz bin Adam, Tn. hj. Zailani Mohd Nor dan Ustaz Wan Ahmad Tarmizi Hj Wan Daud Nawang....Apabila selesai pengundian, maka keputusannya ialah..... Ustaz Wan Ahmad Tarmizi Hj Wan Daud Nawang[48 undi].... dilantik sebagai Pengerusi Kelab Warga SMTKK 2010/ 2011 dan Timbalannya ialah Tn. Hj. Zailani Mohd Nor [25 undi]

4. Saya dicadangkan oleh guru perempuan dan kumpulan wanitalah yang banyak mengundi saya.... Dengan terpaksa ... jawatan inilah yang paling besar dan mencabar pada tahun ini...2010.

5. Apalah dayaku.... dengan serba kekurangan, maka jawatan ini ku sandang selama setahun ..