Wan Ahmad Tarmizi Hj Wan Daud

Wan Ahmad Tarmizi Hj Wan Daud

SEMBELIHAN KORBAN

KATA-KATA ALUAN PENULIS


Assalamualaikum warahmatulllahi wabarakatuh…



Bersyukur saya kehadrat Allah swt.kerana dengan Izin dan InayahNya, saya dapat mempromosikan beberapa artikel dan rencana saya menerusi gcpismtkk.blogspot.com ini. Tahniah juga kepada semua pembaca yang secara sengaja atau tidak melayari blog keramat ini.


Laman web atau blogger adalah laman baru yang bebas daripada kawalan atau selian pihak-pihak yang berkenaan. Penulis juga, dengan kehendak dan niatnya yang tersendiri, boleh secara bebas mengutarakan apa yang difikir dan dikehendakinya. Walaupun begitu reality dan fantasinya, maka penulis akan berusaha mengubah minda pembaca agar dapat mengambil beberapa manafaat…daripada gcpismtkk.blogspot.com ini



Sekian terima kasih.

WAN AHMAD TARMIZI HJ WAN DAUD


20 Oktober 2009



Saturday, April 3, 2010

12 Petua Untuk Remaja Islam...

Mengapa anda, seorang pemuda Islam, perlu membantu rakan-rakan untuk mengenali dan mendekati Allah?

Mana tidaknya, anda sendiri pun sudah mempunyai banyak masalah sendiri untuk difikirkan: perlu menerangkan mengapa orang Islam diwajibkan solat, diskriminasi terhadap Hijab, mempertahankan Islam apabila Profesor anda menyerangnya, berhadapan denga ibubapa yang marah apabila anda mula menyimpan janggut dan pelbagai lagi dugaan dan kepayahan yang terpaksa dihadapi oleh pemuda Islam yang cuba mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.

Islam bukan agama yang individulistik, yang dikhaskan buat mereka yang tertentu sahaja. Seorang Muslim mempunyai tanggungjawab untuk menyebarkan Deen ini, dan pemuda, samada yang baru mula memahami dan mengamalkan Islam, aktivis atau pemimpin memainkan peranan yang penting.

“Allah telah meletakkan mereka pada satu kedudukan di mana tiada orang lain yang berada di kedudukan tersebut”, kata Sheema Khan, bekas penasihat Muslim Youth of North America bagi Kanada Timur.
"Mereka mempunyai pelbagai cara untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan, mereka memahami apa yang pemuda lain lalui dan mereka juga mendapat petunjuk Islam."
Jangan panik. Berikut adalah petua dan nasihat daripada para pemuda Muslim yang pernah berda’wah dan berjaya melakukannya:

Petua 1: Ikhlaskan NiatSetiap perkara yang kita lakukan mestilah kerana Allah. Itu termasuklah tugas mengajak kepada Allah (berda’wah). Ini bermakna anda tidak boleh sombong dan meninggi diri kerana memikirkan bahawa anda adalah guru dan penyelamat dan orang lain harus bersyukur kerana anda telah memilih untuk melakukan misi menyelamatkan mereka.Hidayah dan petunjuk itu dari Allah. Berdoalah dan lakukan semuanya kerana Allah. Ingat bahawa Allah boleh menyesatkan dan memesongkan anda jika Dia mahu (sama-sama kita mohon perlindungan daripada Allah)

Petua 2: Amalkan Apa Yang Anda Sampaikan
Tidak mengamalkan apa yang disampaikan adalah satu kesalahan. Orang akan hilang kepercayaan terhadap anda apabila mereka mengetahuinya. Allah telah banyak kali berpesan di dalam Al-Quran:” Mengapa kamu katakan apa yang tidak kamu lakukan?’

Petua 3: Guna Al-Quran dan Sirah sebagai Rujukan Da’wah.
Baca dan faham ayat-ayat Al-Qu’ran yang mengisahkan tentang cara Da’wah para Nabi. Baca Sirah untuk melihat bagaimana Nabi Muhammad s.a.w berda’wah kepada pelbagai jenis manusia termasuk golongan pemuda.
Sebagai tambahan, belajar daripada para penda’wah dan baca buku-buku yang ditulis oleh mereka seperti buku oleh Yahiya Emerick yang berjudul "How to Tell Others About Islam".

Petua 4: Bercakaplah Dengan Manusia Seolah-olah Anda Tidak Mengenali Mereka.Jangan sangka anda kenal seseorang hanya dengan melihatnya. Anda tidak tahu jika anda boleh berbincang tentang Islam dengan remaja perempuan yang berjalan di koridor sekolah seperti ia pentas catwalk. Anda tidak boleh melabel lelaki Muslim yang anda tidak pernah nampak di masjid sewaktu solat Jumaat sebagai seorang “Muslim yang Teruk” kerana mungkin dia tidak pernah diajar tentang Islam dan tidak tahu kepentingan solat Jumaat bagi lelaki.

Petua 5: Senyum
Tahukah anda bahawa Nabi Muhammad saw sentiasa menguntumkan senyuman? Saying sekali bahawa Muslim pada hari ini lokek dengan senyuman malah ramai yang sentiasa berwajah serius.
Senyum,beramah-mesra dan berbuat baik adalah tingkahlaku Nabi yang kita perlu amalkan dalam hidup seharian. Jika kita mahu mengajak kepada Islam, kita mestilah menjadikan diri mudah didekati oleh orang lain. Senyuman merupakan kunci utama.
Walaubagaimanapun, berhati-hati kerana membiarkan diri mudah didekati tidak bermaksud kita harus bermesra dengan jantina yang berlainan jenis.Islam menyediakan garis panduan yang lengkap untuk pergaulan antara lelaki dan wanita. Da’wah tidak boleh dijadikan alas an untuk mengadakan perbincangan berdua-duaan antara lelaki dan wanita. Cuba adakan satu sistem dimana seseorang yang berminat dengan Islam dirujuk pada orang yang sama jantina dengannya.

Petua 6: Ambil Langkah Pertama dan Bergaul Dengan Mereka.
Ambil langkah pertama untul mengajak seseorang yang anda baru kenal untuk makan bersama, menonton perlawan hoki bersama-sama atau menjemputnya berbuka puasa bersama pada bulan Ramadhan. Di samping itu berkongsi dengannya perasaan gembira, sedih, dan susah. Bantunya menyiapkan kerja sekolah, jadilah tempat dia meluahkan perasaan apabila dia menghadapi masalah, bincang masalah yang anda sama-sama hadapi dan simpan rahsianya. Walaubagaimanapun jika masalah itu sesuatu yang serius contohnya rakan anda mahu membunuh diri atau menghisap dadah cepat-cepat laporkan pada orang dewasa yang lebih arif dan boleh membantu.

Petua 7: Tunjukkan Bahawa Islam Masih Relevan pada Zaman Ini.Mungkin ada golongan muda yang merasakan bahawa Islam sudah lapok dan ketinggalan zaman malah tidak sesuai untuk diamalkan pada zaman moden. Buktikan sangkaan mereka salah. Tunjukkan bahawa ajaran Islam mengutamakan hubungan dengan Allah dan ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja , pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Allah lebih dekat dengan anda berbanding urat nadi anda sendiri. Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi. Galakkan rakan-rakan memohon pertolongan dan bantuan Allah sewaktu menduduki ujian dan peperiksaan dan sewaktu menghadapi masalah. Di samping itu tunjukkan bagaimana Islam mengambil berat tentang remaja dan pemuda: Islam menyediakan fokus dan kefahaman yang jelas tentang diri anda dan hala tuju anda.

Petua 8: Ajak Rakan-rakan Menyertai Aktiviti Sukarela Bersama AndaJika anda terlibat dengan aktiviti berkomuniti, ajak rakan-rakan anda untuk turut serta. Minta mereka membuat iklan untuk aktiviti remaja atau memikirkan aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk diadakan pada waktu cuti sekolah. Penglibatan sebegini akan membuat mereka rasa bahawa mereka sebahagian dari komuniti Islam dan akan merapatkan silaturahim kerana anda bekerja bersama. Pastikan anda mengucapkan terima kasih atas sumbangan mereka.

Petua 9: Tanya Mereka 4 Soalan Asas.Semakin anda rapat dengan rakan-rakan, anda akan sedar bahawa perkara-perkara yang dibincangkan semakin serius dan lebih mendalam. Anda mungkin berbincang tentang matlamat dan perancangan hidup pada masa akan datang. Khan mencadangkan 4 soalan yang boleh memandu perbincangan anda kepada perbincangan tentang Allah dan Islam:
i) Ke mana arah tuju hidup saya dan perkara apa yang akan memberi kebahagiaan pada diri saya?
ii) Apakah yang saya percaya?
iii) Kepada siapa harus saya bersyukur dan berterima kasih?
iv) Adakah saya dapat sampai ke tahap sekarang tanpa bantuan daripada sesiapa pun?

Petua 10: Beri Penekanan Kepada Solat 5 Waktu Sehari Sebelum Memberi Penekanan Kepada Aspek-aspek Lain.Medium perhubungan utama seorang hamba dengan Allah pada setiap hari adalah melalui solat lima waktu sehari. Jangan menekankan tentang aspek-aspek lain dalam Islam sehingga rakan anda sudah benar-benar berusaha menjaga solat lima waktu sehari. Tekankan hubungan terus dengan Allah dalam solat tanpa sebarang perantaraan. Jika mereka menghadapi masalah, galakkan mereka solat dan memohon bantuan Allah dalam Solat. Jika boleh, ajak rakan anda solat berjemaah sewaktu anda bersama dengannya. Apabila rakan anda sudah mula Solat, ia merupakan langlah pertama kepada aspek-aspek lain seperti menghormati ibubapa, menutup aurat dan berhenti bercakap perkara yang tidak berfaedah.

Petua 11: Bantu Mereka Percaya Pada Orang Dewasa
Orang dewasa seperti bapa Bart Simpson, Homer dalam kartun bersiri “The Simpsons” selalu menjadi bahan gelak ketawa remaja hari ini kerana dianggap bodoh. Tugas anda adalah untuk membuang persepsi buruk remaja terhadap orang dewasa dan menanamkan perasaan hormat pada mereka. Apa yang anda perlu lakukan: Setiap kali seorang Muslim dewasa melakukan suatu kebaikan (seperti menyelamatkan nyawa seseorang, menderma pada jalan Allah, menjaga keluarganya dengan baik) sebutkan dalam perbualan anda dengan rakan-rakan dan puji perbuatan orang dewasa tersebut. Hal ini bukan sahaja boleh mengubah pandangn rakan anda terhadap orang dewasa malah boleh menggalakkan mereka lebih menghormati dan menghargai ibubapa.

Petua 12: Teruskan Menyokong Mereka
Ingat, hanya kerana seseorang sudah mula rajin dan istiqamah dalam melaksanakan ajaran Islam, hal ini tidak semestinya sentiasa lancar. Mungkin akan tiba masanya dia akan menghadapi kesusahan dan kepayahan. Akan ada masanya rakan anda ragu-ragu terhadap apa yang diamalkannya. Pastikan anda di sisinya untuk terus memberi galakan dan sokongan.

KENALI DR FATHI YAKAN..

Dr Fathi Yakan adalah seorang ulamak dan pendakwah yang dikenali. Beliau adalah antara pelopor pergerakan Islam dalam tahun 50-an, berkelulusan PhD dalam bidang Bahasa Arab dan Pengajian Islam. Dr Fathi Yakan telah mengarang lebih dari 35 buah buku, sebahagian besarnya telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.
Internet merupakan senjata bermata dua, satu pendekatan yang mempunyai dua wajah yang bertentangan; dalamnya ada unsur peruntuh dan membina, memati dan menghidup, petunjuk hidayah dan godaan. Dan cara bagaimana ia digunakan adalah garis pemisah antara keduannya.

Saya harap tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa internet mempunyai daya tarikan, keberkesanan, mudah dicapai, dilayari dan bersifat interaktif yang menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan ruang cakupan. Ia melitupi bola bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia boleh dijadikan mimbar untuk orang Islam menegakkan hujjah keatas manusia dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada seluruh manusia diseluruh pelusuk alam.
Benarlah seperti firman Allah taala yang bermaksud:
Supaya tidak menjadi hujjah manusia terhadap Allah selepas kedatangan rasul-rasul.
(an Nisa’ 165)
Dan firman maksudnya:
dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan rasul menjadi saksi keatas kamu.
(al Baqarah 143).

Walaubagaimana pun kita sepatutnya mengetahui bahawa internet dipenuhi dengan segala jenis unsur yang rosak dan merosakkan dan syaitan jin dan manusia memuatkan rangkaian ini dengan berjuta-juta laman yang canggih dan cekap dengan seni mempedaya dan menyesatkan satu perkara yang tidak diterima akal dan sukar digambarkan.
Satu kajian yang disiarkan oleh majalah Time menunjukkan bahawa bilangan laman seks mencecah angka 650 juta laman pada tahun 1998 dan dianggarkan akan sampai 8 bilion pada tahun 2002. Salah satu laman ini memiliki 300,000 gambar lucah dan telah dihantar sebanyak lebih satu bilion kali.

Manakala dari sudut perniagaan, satu kajian menunjukan bahawa sejumlah pembelian bahan lucah melalui internet mencecah 18 bilion dolar. Ini mendorong pengkaji Steve Waters berkata dalam komentarnya terhadap betapa besarnya bencana ini: "biasanya pelayaran internet bermula dengan cuba-cuba, kemudian ia berlarutan menjadi penagihan dan disertai dengan kesudahan yang sangat merbahaya".
Semua itu perlu diletakkan dalam perkiraan apabila berbicara tentang internet, melayarinya dan berintraksi dengannya.

Sesaorang yang ingin melayari internet wajar membersihkan niat dengan betul dengan menetapkan terlebih dahulu tujuan sebelum memasukinya.
Mereka yang melayari internet sebagai alat untuk berhibur akan lupa diri dan tanpa disedari terheret ke pada kamatianya dalam keadaan ia tidak menyedarinya.
Kemudian duduk dihadapan internet dalam tempoh yang lama akan mensia-siakan pusingan hidup seluruhnya. Mereka akan mengabaikan tugas dan tuntutan untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Inilah kerugian yang nyata.
Disamping ia juga akan menyebabkan kehilangan daya tumpuan dan menyebabkan akal bercelaru.

Adapun apabila kita melayari gelombang internet yang ganas dalam laut yang gelap dan dalam keadaan ditemani Allah bererti kita hidup dengan kebersamaan ini dalam setiap suasana, urusan, kondisi dan setiap masa.
Rasa kebersamaan ini bukan suatu yang boleh dipinjam-pinjam atau direka-reka… kerana itu, ia bukan datang dan pergi sebaliknya satu keadaan yang tetap terus berkembang tanpa kurang atau surut.

Merialisasikan kebersamaan ini seseorang perlu mengekang nafsunya daripada hawa dan penyesatannya. Hawa harus ditolak dan nafsu sepatutnya dibimbing untuk menaiki tangga kesempurnaan, meninggalkan kealpaan, mengalahkan waswas dan mengatasi ajakan-ajakan syahwat. Kemudian dengan memelihara keberterusan "muraqabah" dan "muhasabah" serta mengekang nafsu dengan keazaman dan dipaksa dengan pekerti dan akhlak yang mulia, apa lagi dizaman yang penuh dengan fitnah dan keajaiban ini.

Seperti yang pernah diberi amaran dan ingatan oleh Rasulullah s.a.w secara khusus mengenai zaman tersebut di mana orang yang siuman menjadi bingun, perkara makruf menjadi mungkar dan mungkar menjadi makruf sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Apabila dunia hampir kiamat akan berlaku fitnah seperti potongan malam yang gelap, fitnah seperti kepulan asap, dalam situasi itu hati manusia akan mati seperti matinya tubuh badan mereka, mereka beriman pada pagi hari dan kufur pada waktu petang, beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi antara mereka ada puak yang menjual akhlak dan agama mereka dengan habuan dunia.
(hadis riwayat Ahmad)

Kita berdoa kepada Allah supaya memberikan kita kesihatan dan berterusan dalam keadaan afiat serta bersyukur dengan afiat tersebut. Kita mohon dari Allah kebaikan masa dan kebaikan mereka yang hidup pada zaman ini. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan zaman dan kejahatan mereka yang hidup pada zaman ini. Allah maafkanlah kami, ampunkanlah kami, perelokkan kesudahan kami dan pastikan pada waktu kematian kami, kami sedang melakukan kebaikan dan amal soleh.

MEMBACALAH BILA BERKESEMPATAN MASA..

“Siapa merintis jalan mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke Syurga.” (Hadith Muslim)
Orang yang berilmu mempunyai kedudukan yang khusus
Ada kemuliaan tersendiri yang Allah berikan kepada orang yang berilmu, di dunia mahupun di akhirat. Orang yang berilmu boleh jadi lebih mulia daripada mereka yang banyak harta dan tinggi jawatan atau kuasa. Bahkan, lebih mulia dari ahli ibadah sekalipun.

Rasulullah saw. bersabda, “Kelebihan seorang alim (ilmuwan) terhadap seorang ‘abid (ahli ibadah) ibarat bulan purnama terhadap seluruh bintang.” (Hadith Abu Dawud)
Bahkan, al-Quran menjelaskan bahawa orang yang paling takut pada Allah adalah para ulama. Tentunya, mereka yang memahami kebesaran dan kekuasaan Allah swt. “...Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya hanyalah ulama...” (Fathir: 28)
Begitu tingginya penghargaan buat mereka yang berilmu. Khusus mereka yang tergolong pakar dalam al-Quran, ada kemuliaan tersendiri. Dan kemuliaan itu mereka dapat apabila bertemu Allah kelak di Hari Pembalasan.
Rasulullah saw bersabda, “Seorang mukmin yang pandai membaca Alquran akan bersama malaikat yang mulia lagi berbakti...” (Hadith Bukhari dan Muslim)
Dalam hadith lain Rasulullah saw. mengatakan kepada Abu Dzar, “Wahai Abu Dzar, kamu pergi mengajarkan ayat dari Kitabullah lebih baik bagimu dari shalat (sunnah) seratus rakaat. Dan, pergi mengajarkan satu bab ilmu pengetahuan, dilaksanakan atau tidak, itu lebih baik dari shalat seribu rakaat.” (Hadith Ibnu Majah)

Ilmu tetap diperlukan walau suasana apa sekalipun
Hidup dan ilmu pengetahuan hampir tidak dapat dipisahkan. Sangat sukar untuk membayangkan jika kehidupan ditelusuri tanpa pengetahuan. Ruang-ruang kehidupan menjadi begitu gelap. Dan jalan yang akan ditempuh pun nampak bercabang-cabang.
Mungkin kerana itulah Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu. Rasulullah saw. mengatakan, “Menuntut ilmu wajib buat tiap muslim (laki-laki dan perempuan).” (Hadith Ibnu Majah)

Dari sini kita boleh memahami bahawa Islam menginginkan umatnya supaya hidup bahagia, dunia dan akhirat. Tidak ada satu kebahagiaan pun di dunia ini yang dapat diraih tanpa ilmu. Daripada usaha pekerjaan yang menghasilkan sesuap nasi, hinggalah kepada pengokohan status hidup sendiri. Sebagai contoh, mewujudkan sebuah keluarga yang harmonis adalah sangat sukar, tanpa ilmu seni berkeluarga. Begitu juga dalam hal-hal yang lain: sebagai manusia, mukmin, warga negara, dan warga dunia. Jika status-status ini tidak disertai ilmu, manusia akan menjadi korban pembodohan dan penzaliman.

Apatah lagi persiapan menyongsong kehidupan akhirat. Tentu lebih banyak ilmu diperlukan, kerana kehidupan di dunia ini tidak adalah hanya sebagai ladang amal untuk akhirat. Kegagalan hidup di dunia boleh menggiring kecelakaan di akhirat. Na’udzubillah.

Di mana ada kemahuan, di situ ada cara
Persoalan samada berjaya atau tidaknya seseorang mencari ilmu bukanlah bergantung kepada masalah wang ringgit atau kelapangan masa. Tetapi, ianya lebih kepada kemahuan. Inilah faktor atau ukuran yang sangat berat, bagi siapa sekalipun, yang ingin berjaya.

Rasulullah saw. mengajarkan para sahabat untuk selalu berlindung pada Allah dari sifat malas. “Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sesak dada dan gelisah, dari kelemahan dan kemalasan...”

Inilah di antara penyakit mental umat Islam masakini yang sangat bahaya. Malas bukan hanya merugikan diri sendiri, malahan juga orang lain seperti anggota keluarga, pekerja-pekerja, dan lain-lain. Kerana malas, seseorang atau sebuah kumpulan masyarakat akan menemui kegagalan untuk berubah kepada kebaikan.

Manusia dengan mudah mengeluarkan perbelanjaan untuk keperluan harian, samada makanan atau keselesaan hidup. Tetapi, secara umumnya mereka akan merasa berat untuk berbelanja untuk meraih ilmu. Malahan, majlis ilmu boleh diperolehi di merata tempat secara percuma. Ada yang dihidang dengan juadah percuma, dan pelbagai lagi bentuk insentif. Malangnya, majlis-majlis seperti itu tetap sepi tanpa sambutan.

Jadi, yang mahal dalam modal perubahan adalah kemahuan. Dari sinilah Allah memberikan jalan keluar. Maha Benar Allah dalam firman-Nya, “Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Ankabut: 69)

Jika ada kesempatan, membacalah. Kunjungi perpustakaan, kongsikan buku-buku dengan rakan-rakan, agihkan sedikit dari wang anda untuk membeli buku yang bermanfaat. Malahan, terdapat gedung ilmu yang sangat luas di internet, yang secara umumnya dapat dimanfaat secara percuma. Peluang dan ruang untuk membaca sentiasa bersedia menanti!