Wan Ahmad Tarmizi Hj Wan Daud

Wan Ahmad Tarmizi Hj Wan Daud

SEMBELIHAN KORBAN

KATA-KATA ALUAN PENULIS


Assalamualaikum warahmatulllahi wabarakatuh…



Bersyukur saya kehadrat Allah swt.kerana dengan Izin dan InayahNya, saya dapat mempromosikan beberapa artikel dan rencana saya menerusi gcpismtkk.blogspot.com ini. Tahniah juga kepada semua pembaca yang secara sengaja atau tidak melayari blog keramat ini.


Laman web atau blogger adalah laman baru yang bebas daripada kawalan atau selian pihak-pihak yang berkenaan. Penulis juga, dengan kehendak dan niatnya yang tersendiri, boleh secara bebas mengutarakan apa yang difikir dan dikehendakinya. Walaupun begitu reality dan fantasinya, maka penulis akan berusaha mengubah minda pembaca agar dapat mengambil beberapa manafaat…daripada gcpismtkk.blogspot.com ini



Sekian terima kasih.

WAN AHMAD TARMIZI HJ WAN DAUD


20 Oktober 2009



Wednesday, May 26, 2010

EPILOG ANAK-ANAK DIDIK SMTKK














EPILOG ANAK-ANAK DIDIK SMTKK
OLEH USTAZ WAN AHMAD TARMIZI HJ WAN DAUD

Anak-Anak Didik SMTKK, Murid Sejati
Menjungjung Perintah Rabbul Izzati
Memikul Amanah Sepenuh Hati
Menggalas Harapan Abati Dan Ummi
Hormati Guru Amalan Murni

Anak-Anak Didik SMTKK, Murid Tersohor
Mendapat Nikmat Selalu Bersyukur
Tabah, Berani, Tekun Dan Jujur
Budi Dan Bakti Selalu Ditabur
Tazkirah Dan Nasihat Dijadikan Obor

Anak-Anak Didik SMTKK, Berjati Diri
Budaya Ilmu Hiasan Abadi
Selalu Tiba Di Awal Pagi
Salam Dihulur Bertaut Hati
Buku Catatan Selalu Disisi

Anak-Anak Didik SMTKK, Murid Cemerlang
Gigih Dan Tekun Dalam Pelajaran
Hebat Beraksi Di Padang Dan Balapan
Mengukir Kejayaan Tekniken Gemilang
Memahat Keunggulan

Anak-Anak Didik SMTKK, Murid Bijaksana
Nasihat Guru Diamal Sentiasa
Mengasah Bakat, Menajamkan Minda
Berjuang Merangkul Juara
Sopan Santun Dan Berbudi Bahasa

Anak-Anak Didik SMTKK, Murid Berkualiti
Minda Kelas Pertama Sentiasa Terpateri
Khusyuk Menadah Kitab Penawar Hati
Bacaan Yaasin Amalan Bistari
Sentiasa Bersemangat Dan Bermotivasi

Demikianlah Epilog Murid Kami
Yang Sentiasa Menjunjung Budi
Agar Sejahtera Duniawi
Serta Bakal Mewarisi…..
Taman-taman Jannatul Firdausi

Ya Allah Ya Tuhan Kami!!
Bimbinglah Kami
Dan Anak-Anak Didik Kami
Ke Jalan Yang Engkau Redhai
Jauhi Kami
Dari Bisikan Syaitan Dilaknati
Agar Hidup Kami
Sentiasa Dirahmati
Ilahi…

Ubahsuai Epilog Asal Dengan Izin..
Ustazah Hjh. Maznah Mukhtar
27052010

Tuesday, May 25, 2010

SELAMAT BERSARA ABE PA..[Pencen] ...

1. Kelab Guru dan Staff SMTKK mengucapkan selamat bersara [pencen] kepada Encik Abdul Mustapha bin Awang yang akan bermula pada 26 Jun 2010.

2. Semoga jasa dan sumbangan Abe Pa [ Encik Abdul Mustapha Awang] sebagai Ketua Bengkel Pengajian Penyaman Udara [PPU] akan kekal dalam kenangan SMTKK selamanya.


3. Majlis Perpisahan Persaraan tuan juga akan dimaklumkan kemudian.

4. Semoga Abe Pa akan terus hadir dan menjenguk rakan-rakan lama di SMTKK.

5. Terima kasih diatas segala sumbangan dan jasa bakti kepada semua warga SMTKK.

Daripada,


Ustaz Wan Ahmad Tarmizi Hj Wan Daud
Pengerusi Kelab Warga SMTKK 2010/ 2011

SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU

1. Saya mewakili Kelab Warga SMTKK mengucapkan selamat berpisah dan selamat bertugas ditempat baru kepada Puan Zainijuleana bt ....
2. Saya mengucapkan ribuan terima kasih diatas jasa baik dan sumbangan kepada semua warga SMTKK. Satu majlis perpisahan akan dimaklumkan kemudian.
3. Semoga tempat bertugas yang akan datang jauh lebih baik dan lebih mengembirakan Puan Julia.
4. Maafkan segala salah dan silap saya dan seluruh warga SMTKK sepanjang berkhidmat di sekolah ini.

Daripada,
Ustaz Wan Ahmad Tarmizi Hj Wan Daud
Pengerusi Kelab Warga SMTKK 2010

HARI KELUARGA SMTKK 2010
















1. Kelab Warga SMTKK 2010 telah mengadakan Hari Keluarga SMTKK 2010 pada 21 -22 Mei 2010 di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan[PCB] , Kota Bharu Kelantan.

2. Seramai 16 keluarga telah mendaftarkan diri untuk menginap di sana pada 21 Mei 2010.

3. Pada malam tersebut, [21 mei 2010], program bersantai sambil membakar [BBQ] akan di adakan bermula jam 8.00 malam. Semua warga SMTKK telah dijemput hadir walaupun tidak menginap di chalet pada malam tersebut.

4. Acara membelah kek sempena ulangtahun pengetua, Tn Hj. Awang bin Junoh telah di adakan secara mengejut bagi memeriahkan lagi program barbeque ini. Tayangan gambar program sambutan hari Guru SMTKK 2010 juga telah diadakan bagi mengisi slot tersebut .

5. Pada 22 Mei 2010, bermula jam 10.00 pagi, sukaneka diadakan ditapak sukaneka ditepi pantai yang indah dalam suasana hujan renyai-renyai sehingga jam 12.00 tgh.

6. Kanak-kanak yang akan menyertai pertandingan sukaneka ini dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu, kumpulan bawah 6 tahun, kumpulan 7-12 tahun dan kumpulan pelajar sekolah menengah/dewasa.

7. Program Sukaneka Hari Keluarga ini akan dirasmikan oleh Pengetua SMTKK, Tuan Haji Awang bin Junoh..

8. Kebanyakkan ahli Kelab Warga SMTKK hadir untuk memeriahkan lagi program ini...

9. Terima kasih kepada semua ahli Kelab Warga yang banyak membantu antaranya Ustaz Abdul wahab bin Omar[Banting] Pn. Mazura Hamat[Hadiah], Tn Hj. Ramly [ BBQ], En. Ramli Hamat [Sukaneka], Cik Syafenaz [Kek Birthday BOSS], Pn. Zawatil Isyqi [Meehun dan pencicah], En. Zainuddin Abdul Rahman[ Ketua Penyelaras BBQ] dan rakan-rakan lain...


Drpd,
WAN AHMAD TARMIZI HJ WAN DAUD
Pengerusi Kelab Warga 2010/2011

Wednesday, May 19, 2010

Senarai Pengerusi Kelab Warga SMTKK

2010 - Ustaz Wan Ahmad Tarmizi Hj Wan Daud

2009 - Encik Noor Aziz bin Adam

2008 - Encik Abdul Hadi bin Abdullah

2007 - Encik Mohd Noor bin Kamaruddin

2006 - Encik Hazuan bin Haron

2000 - Ustaz Abdul Wahab bin Omar

1999 - Encik Zainuddin Che Hassan

Monday, May 17, 2010

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU
























































MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUALA KRAI


TARIKH : 18 MEI 2010
MASA : 7.45 PAGI – 2.45 PETANG
TEMPAT : DEWAN ANGGERIK & DATARAN WACANA

TEMA HARI GURU :
“GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”

JK INDUK

PENASIHAT:
Tn. Hj. Awang bin Junoh

PENASIHAT 2:
Pn. Hjh. Faridah bt Yusoff

PENGERUSI:
Encik Mazlin Mohd Zain

NAIB PENGERUSI:
Encik Ayoep bin Abdul Rahman

SETIAUSAHA:
Ustaz Wan Ahmad Tarmizi Hj Wan Daud

BENDAHARI :
Pn. Norihan bt Yamin

ATURCARA MAJLIS
SAMBUTAN HARI GURU
PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUALA KRAI
TAHUN 2010

7.45 PAGI :- Semua Guru Berkumpul Di Hadapan Pejabat Sekolah
- Sambutan Guru Diiringi Dengan Paluan Kompang Dan Bunga Manggar
- Kad Ucapan Selamat Hari Guru Dari Sekolah Kepada Semua Guru.
- Brosur San Aturcara [Bernombor Untuk Cabutan Bertuah]

8.00 Pagi - Bacaan Doa Khas Sempena Hari Guru
- Nyanyian Lagu Negaraku
-Nyanyian Lagu Selamat Sultan
-Nanyian Lagu Sekolah
-Ucapan Wakil Pelajar
-Ucapan Wakil Guru
-Membaca Perutusan Hari Guru
1. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
2. Menteri Pelajaran Malaysia

-Bacaan Ikrar Guru
-Nyanyian Lagu Guru Malaysia
-Nyanyian Lagu Tema / Warisan/ Lilin
-Cenderahati Pelajar Kepada Guru
-Cenderahati Guru

9.30pagi -Kudapan

10.00pagi -Sukaneka Di Dataran Wacana
12.00tghari -Acara Pentas [Persembahan Guru Dan Pelajar]
-Penyampaian Hadiah Sukaneka
-Cabutan Bertuah.

1.30 Petang -Jamuan Tengahari
2.15petang -Bersurai

Saturday, May 15, 2010

Bengkel Pembinaan Modul Soalan Latih Tubi PMR / SPM 2010






















1. Pada 12 Mei 2010 yang lalu, semua guru cemeerlang Pendidikan Islam PPD Machang, PPD Kuala Krai, PPD Tanah Merah dan PPD Jeli dikehendaki hadir untuk menyiap dan membina 1 set soalan latih tubi PMR dan SPM.

2. Daripada PPD Kuala Krai, yang hadir selain saya ialah Ustazah Shahimah [SMK SYP2], Ustazah Norhanan[SMK SYP1], Ustazah Salwani [SK tak ingat] dan Ustaz Azmi Mohamad [ SMK Pahi] yang datang lewat, kemudian balik awal.....

3. Manakala typist kami pada hari tersebut ialah Ustazah Siti Salmah [SK Hamzah 2, Machang].

4. Pembinaan soalan ini bermula jm 8.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang..
5. Seluruh urat saraf sakit2 dan kejang.....

Sunday, May 9, 2010

Alfatihah untuk Siti Syakimah binti Ayoep

Tarikh : 8 Mei 2010

Masa : 7.30 malam

Tempat: Kampong Air Kayan, Jedok, Jeli..

Sakit : Barah Tulang [ atau seumpamanya]