Adalah dimaklumkan bahawa Panitia Pendidikan Islam SMTKK akan menganjurkan Program Ihya’ Ramadhan 1431H. Program ini akan dilancarkan oleh Ustaz Wan Ahmad Tarmizi Hj Wan Daud dan dirasmikan oleh Tn Hj Awang bin Junoh, Pengetua SMTKK pada perhimpunan rasmi sekolah pada 9 Ogos 2010 di Dewan Anggerik.
Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Ramadhan seperti berikut;
1. Ceramah Ambang Ramadhan [Ustaz Wan Ahmad Tarmizi Hj Wan Daud]
2. Buletin Ramadhan Setiap Minggu [Ustaz Zainuzzaman Abu Bakar]
3. Kuiz Ihya’ Ramadhan[Ustaz Salihin Hj Hussin]
4. Bacaan Yasin dan Tahlil [Ustaz Makatar Mohd Yunus]
5. Tazkirah / Alunan ‘Kalamullah’[Ustazah Sajaratul Akmal Che Zakaria]
6. Solat Zohor Berjamaah Semua Warga SMTKK[Jadual Penceramah]
7. Kuliah/ Tazkirah Selepas Solat Zohor[Jadual Penceramah]
8. Majlis Khatam Alquran[Ustaz Makatar Mohd Yunus]
9. Majlis Pembahagian Zakat dan Sedekah[Ustaz Abdul Wahab Omar]
10. Program Ambang Aidilfitri Almubarak [dalam perancangan]
Aturcara Harian Pelajar SMTKK
6.30 pagi Bacaan Yasin dan Doa Selamat
7.30 pagi Alunan Kalamullah/ Tazkirah ringkas [P.A Sistem]
1.30 ptg Solat Zohor Berjamaah
1.40 ptg Tazkirah Ringkas