Wan Ahmad Tarmizi Hj Wan Daud

Wan Ahmad Tarmizi Hj Wan Daud

SEMBELIHAN KORBAN

KATA-KATA ALUAN PENULIS


Assalamualaikum warahmatulllahi wabarakatuh…



Bersyukur saya kehadrat Allah swt.kerana dengan Izin dan InayahNya, saya dapat mempromosikan beberapa artikel dan rencana saya menerusi gcpismtkk.blogspot.com ini. Tahniah juga kepada semua pembaca yang secara sengaja atau tidak melayari blog keramat ini.


Laman web atau blogger adalah laman baru yang bebas daripada kawalan atau selian pihak-pihak yang berkenaan. Penulis juga, dengan kehendak dan niatnya yang tersendiri, boleh secara bebas mengutarakan apa yang difikir dan dikehendakinya. Walaupun begitu reality dan fantasinya, maka penulis akan berusaha mengubah minda pembaca agar dapat mengambil beberapa manafaat…daripada gcpismtkk.blogspot.com ini…



Sekian terima kasih.

WAN AHMAD TARMIZI HJ WAN DAUD


20 Oktober 2009



Thursday, August 5, 2010

PROGRAM IHYA' RAMADHAN SMTKK 2010

Ustaz Ismail Mohamad. AJK PIBG SMTKK sedang memberikan tazkirah Ihya' Ramadhan di Masjid Alhidayah kepada semua pelajar dan guru













Adalah dimaklumkan bahawa Panitia Pendidikan Islam SMTKK akan menganjurkan Program Ihya’ Ramadhan 1431H. Program ini akan dilancarkan oleh Ustaz Wan Ahmad Tarmizi Hj Wan Daud dan dirasmikan oleh Tn Hj Awang bin Junoh, Pengetua SMTKK pada perhimpunan rasmi sekolah pada 9 Ogos 2010 di Dewan Anggerik.

Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Ramadhan seperti berikut;

1. Ceramah Ambang Ramadhan [Ustaz Wan Ahmad Tarmizi Hj Wan Daud]
2. Buletin Ramadhan Setiap Minggu [Ustaz Zainuzzaman Abu Bakar]
3. Kuiz Ihya’ Ramadhan[Ustaz Salihin Hj Hussin]
4. Bacaan Yasin dan Tahlil [Ustaz Makatar Mohd Yunus]
5. Tazkirah / Alunan ‘Kalamullah’[Ustazah Sajaratul Akmal Che Zakaria]
6. Solat Zohor Berjamaah Semua Warga SMTKK[Jadual Penceramah]
7. Kuliah/ Tazkirah Selepas Solat Zohor[Jadual Penceramah
]
8. Majlis Khatam Alquran[Ustaz Makatar Mohd Yunus]
9. Majlis Pembahagian Zakat dan Sedekah[Ustaz Abdul Wahab Omar]
10. Program Ambang Aidilfitri Almubarak [dalam perancangan]


Aturcara Harian Pelajar SMTKK

6.30 pagi Bacaan Yasin dan Doa Selamat
7.30 pagi Alunan Kalamullah/ Tazkirah ringkas [P.A Sistem]
1.30 ptg Solat Zohor Berjamaah
1.40 ptg Tazkirah Ringkas

Tuesday, July 20, 2010

Monday, July 19, 2010

KEM PENGHAYATAN ISLAM MSSZ[M] 2010


TENTATIF KEM PENGHAYATAN ISLAM MZZS[M] 2010
DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUALA KRAI

15 julai 2010 [Khamis]

3.00 ptg Pendaftaran Peserta Di Asrama SM Teknik Kuala Krai

4.30 ptg Solat Asar Berjamaah/ Khidmat Diri/ Makan Malam Di Asrama
Solat Maghrib Berjamaah

7.30 mlm Bacaan Yasin/ Kuliah Maghrib
Oleh: Ustaz Wan Ahmad Tarmizi Hj Wan Daud


8.40 mlm Solat Isyak

9.00 mlm Taklimat Program/ Taaruf Dan Pembahagian Kumpulan.
Oleh : Ustaz Makatar Mohd Yunus, Ketua Kem Komandan Program


10.30 mlm Minum Malam

11.00 mlm Tidur

16 Julai 2010 [ Jumaat]

4.30 pagi
Qiamullail Penyelaras : Ustaz Makatar Mohd Yunus dan Ustaz Wan Ahmad Tarmizi

6.15 pagi Solat Subuh
Oleh : Ustaz Salihin Hj Hussin
Tajuk :” Iman Dalam Peribadi Cemerlang”

7.30 pagi Sarapan pagi

7.40 pagi Riadah

8.30 pagi Bersama Mudir Maahad Muhammadi


Penceramah : Alfadhil Ustaz Haji Zainuddin Che Ismail
[ Mudir Maahad Muhammadi Pasir Pekan]
Tajuk : “ Batas Pergaulan Dalam Islam”

10.30 pagi Minum pagi

11.00 pagi Bersama Tuan Imam
Penceramah : Alfadhil Ustaz Rosman Che Haron
[Imam Besar Masjid Pasir Puteh]
Tajuk :”Tahsin Wudhuk dan Solat Yang Sempurna”

12.30 tghri Makan Tengahari/ Solat Jumaat

3.00 petang LDK 1
Penyelaras : Puan Rabiah bt Ab Manaf
Tajuk : “ Khidmat Pelajar Kepada Masyarakat dan Negara”

4.15 petang Solat Asar

5.00 petang minum petang

6.00 petang Riadah

7.30 malam Solat Maghrib
Kuliah Maghrib oleh : Ustaz Wan Ahmad Tarmizi Hj Wan Daud
Tajuk : “Manusia Ciptaan Terbaik..”

17 Julai 2010 [Sabtu]

6.15 pagi Solat Subuh / Kuliah Subuh
Oleh : Ustaz Hj Wan Daud bin Dollah
Tajuk :” Pentingnya Khusyuk Dalam Solat”

7.00 pagi Sarapan pagi

7.30 pagi Riadah

8.30 pagi Bersama Tuan Qadhi
Sahibul Fadhilah Tn Hj. Nik Ahmad Zuhdi Nik Yakob
[ Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah]
Tajuk : “ Peranan Generasi Islam”

10.30 pagi Minum pagi

11.00 pagi Majlis Perasmian Penutupan
Kem Penghayatan Islam MSSZ [M]
Perasmian Oleh: Tuan Haji Awang bin Junoh
Pengetua Sekolah Menengah Teknik Kuala Krai

1.00 petang Makan Tengahari

1.30 petang Bersurai.

Thursday, June 24, 2010

Bengkel Celik Jawi Calon Spm 2010




































Panitia Pendidikan Islam SMTKK Telah Mengadakan Program Ceramah Dan Bengkel Celik Jawi Pada 24 Jun 2010.

Penceramah Jemputan Khas Untuk Mengendalikan Bengkel Ini Ialah Ustaz Ahmad Shahir Bin Hj Muhammad Hassan, Penyelia Pendidikan Islam, Sector Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan.

Semua Calon SPM 2010 Yang Terlibat Adalah Daripada Kursus Teknik [5PKU], Semua Kursus Vokasional Dan Semua Calon Sijil Kemahiran. Seramai 240 Calon Telah Menyertai Bengkel Ini.

Semua Guru Panitia Pendidikan Islam Dan Guru Koperasi Sekolah Juga Turut Terlibat Dalam Menjayakan Bengkel Ini.

Setiausaha Bengkel Ini Ialah Ustazah Sajaratul Akmal Che Zakaria [Ketua Panitia] Dan Penolong Setiausaha Ialah Ustaz Wan Ahmad Tarmizi Hj Wan Daud [Guru Cemerlang Pendidikan Islam]. Pegawai Wakil PPD Kuala Krai Yang Dimaklumkan Dan Berjanji Untuk Hadir Sama Ialah Ustaz Wan Hamdi Bin Hassan.

Wednesday, June 23, 2010

Kembalinya Ayahanda Tn Hj Nazrin Mat Nasir keRahmatullah

Takziah kepada Tn Hj Nazrin bin Mat Nasir kerana telah kehilangan bapanya [meninggal dunia]Mat Nasir di Hospital Universiti Sains Malaysia [HUSM] semasa cuti persekolahan yang lepas.




Sedikit kutipan khairat kematian telah dilancarkan oleh Pengerusi Kelab Warga, Ustaz Wan Ahmad Tarmizi Hj Wan Daud pada pagi 21 Jun 2010...




Alfatihah..... semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang mukminin dan muttaqin.... Ameeen..

Majlis Persaraan Cikgu Abdul Mustapha Hj Awang











Kelab Warga SMTKK [Guru dan Staff] mengucapkan selamat pencen dan bersara kepada Cikgu Abdul Mustapha bin Hj Awang yang bermula 26 Jun 2010. Majlis persaraan beliau akan diraikan pada 24 Jun 2010.... Selamat Bersara.... Lepas bersara ni nak buat ggapo? - soalan umum drpd Pengerusi Kelab Warga 2010..

Saya mewakili semua guru SMTKK memohon maaf diatas segala perihal yang tidak menyenangkan...

Terima kasih yang tidak terhingga diatas segala jasa dan sumbangan....

Jika berkesempatan, boleh kita sambung sembang2 di Kedai Maksu... datanglah selalu..

Tuesday, June 1, 2010

JADUAL BERTUGAS SEMASA CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2010

JADUAL BERTUGAS SEMASA CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2010
[GURU-GURU PENOLONG KANAN, GURU-GURU KANAN DAN GURU CEMERLANG]
TARIKH : 4 JUN HINGGA 19 JUN 2010

HARI TARIKH PEGAWAI BERTUGAS

AHAD [6 JUN 2010] CUTI GANTI HARI KEPUTERAAN YP AGONG
ISNIN [7 JUN 2010] UST. WAN AHMAD TARMIZI HJ WAN DAUD [GCPI]
SELASA [ 8 JUN 2010] ENCIK AHMAD PEKERI BIN MOHAMAD[GK VOK]
RABU [9 JUN 2010] ENCIK ZAINUDDIN ABDUL RAHMAN[GKSS]
KHAMIS [10 JUN 2010] ENCIK MAZLIN MOHD ZAIN[PK HEM]

AHAD [13 JUN 2010] PN HJH. FARIDAH BT YUSOFF[PK P]
ISNIN [ 14 JUN 2010] ENCIK ZULKIFLI BIN MOHAMAD[GK TEKNIK]
SELASA [ 15 JUN 2010] YM TUAN ANUAR TUAN YAHYA[GK BAHASA]
RABU [16 JUN 2010] ENCIK AYOEP BIN ABDUL RAHMAN[PK-KO]
KHAMIS [17 JUN 2010] PN. HJH. FAIZAH BT ABD RAHMAN[GKSM]

Semua urusan pejabat diantara pukul 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari hendaklah merujuk pegawai yang bertugas pada hari tersebut.

Semua laporan bertugas adalah dicatatkan didalam Buku Laporan Bertugas SMTKK.

Wednesday, May 26, 2010

EPILOG ANAK-ANAK DIDIK SMTKK














EPILOG ANAK-ANAK DIDIK SMTKK
OLEH USTAZ WAN AHMAD TARMIZI HJ WAN DAUD

Anak-Anak Didik SMTKK, Murid Sejati
Menjungjung Perintah Rabbul Izzati
Memikul Amanah Sepenuh Hati
Menggalas Harapan Abati Dan Ummi
Hormati Guru Amalan Murni

Anak-Anak Didik SMTKK, Murid Tersohor
Mendapat Nikmat Selalu Bersyukur
Tabah, Berani, Tekun Dan Jujur
Budi Dan Bakti Selalu Ditabur
Tazkirah Dan Nasihat Dijadikan Obor

Anak-Anak Didik SMTKK, Berjati Diri
Budaya Ilmu Hiasan Abadi
Selalu Tiba Di Awal Pagi
Salam Dihulur Bertaut Hati
Buku Catatan Selalu Disisi

Anak-Anak Didik SMTKK, Murid Cemerlang
Gigih Dan Tekun Dalam Pelajaran
Hebat Beraksi Di Padang Dan Balapan
Mengukir Kejayaan Tekniken Gemilang
Memahat Keunggulan

Anak-Anak Didik SMTKK, Murid Bijaksana
Nasihat Guru Diamal Sentiasa
Mengasah Bakat, Menajamkan Minda
Berjuang Merangkul Juara
Sopan Santun Dan Berbudi Bahasa

Anak-Anak Didik SMTKK, Murid Berkualiti
Minda Kelas Pertama Sentiasa Terpateri
Khusyuk Menadah Kitab Penawar Hati
Bacaan Yaasin Amalan Bistari
Sentiasa Bersemangat Dan Bermotivasi

Demikianlah Epilog Murid Kami
Yang Sentiasa Menjunjung Budi
Agar Sejahtera Duniawi
Serta Bakal Mewarisi…..
Taman-taman Jannatul Firdausi

Ya Allah Ya Tuhan Kami!!
Bimbinglah Kami
Dan Anak-Anak Didik Kami
Ke Jalan Yang Engkau Redhai
Jauhi Kami
Dari Bisikan Syaitan Dilaknati
Agar Hidup Kami
Sentiasa Dirahmati
Ilahi…

Ubahsuai Epilog Asal Dengan Izin..
Ustazah Hjh. Maznah Mukhtar
27052010

Tuesday, May 25, 2010

SELAMAT BERSARA ABE PA..[Pencen] ...

1. Kelab Guru dan Staff SMTKK mengucapkan selamat bersara [pencen] kepada Encik Abdul Mustapha bin Awang yang akan bermula pada 26 Jun 2010.

2. Semoga jasa dan sumbangan Abe Pa [ Encik Abdul Mustapha Awang] sebagai Ketua Bengkel Pengajian Penyaman Udara [PPU] akan kekal dalam kenangan SMTKK selamanya.


3. Majlis Perpisahan Persaraan tuan juga akan dimaklumkan kemudian.

4. Semoga Abe Pa akan terus hadir dan menjenguk rakan-rakan lama di SMTKK.

5. Terima kasih diatas segala sumbangan dan jasa bakti kepada semua warga SMTKK.

Daripada,


Ustaz Wan Ahmad Tarmizi Hj Wan Daud
Pengerusi Kelab Warga SMTKK 2010/ 2011

SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU

1. Saya mewakili Kelab Warga SMTKK mengucapkan selamat berpisah dan selamat bertugas ditempat baru kepada Puan Zainijuleana bt ....
2. Saya mengucapkan ribuan terima kasih diatas jasa baik dan sumbangan kepada semua warga SMTKK. Satu majlis perpisahan akan dimaklumkan kemudian.
3. Semoga tempat bertugas yang akan datang jauh lebih baik dan lebih mengembirakan Puan Julia.
4. Maafkan segala salah dan silap saya dan seluruh warga SMTKK sepanjang berkhidmat di sekolah ini.

Daripada,
Ustaz Wan Ahmad Tarmizi Hj Wan Daud
Pengerusi Kelab Warga SMTKK 2010