Wan Ahmad Tarmizi Hj Wan Daud

Wan Ahmad Tarmizi Hj Wan Daud

SEMBELIHAN KORBAN

KATA-KATA ALUAN PENULIS


Assalamualaikum warahmatulllahi wabarakatuh…



Bersyukur saya kehadrat Allah swt.kerana dengan Izin dan InayahNya, saya dapat mempromosikan beberapa artikel dan rencana saya menerusi gcpismtkk.blogspot.com ini. Tahniah juga kepada semua pembaca yang secara sengaja atau tidak melayari blog keramat ini.


Laman web atau blogger adalah laman baru yang bebas daripada kawalan atau selian pihak-pihak yang berkenaan. Penulis juga, dengan kehendak dan niatnya yang tersendiri, boleh secara bebas mengutarakan apa yang difikir dan dikehendakinya. Walaupun begitu reality dan fantasinya, maka penulis akan berusaha mengubah minda pembaca agar dapat mengambil beberapa manafaat…daripada gcpismtkk.blogspot.com ini



Sekian terima kasih.

WAN AHMAD TARMIZI HJ WAN DAUD


20 Oktober 2009



Thursday, February 25, 2010

JK PENGURUS PESERTA AGONG KOT SMTKK 2010





















1. Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah Menengah Teknik Kuala Krai ke 13 berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan pada 24 - 25 Februari 2010 di Padang Sekolah.

2. Ketua Jawatankuasa Pengurus Peserta Agong pada tahun ini dikekalkan dan diamanahkan kepada Ustaz Wan Ahmad Tarmizi Hj Wan Daud[gcpismtkk] bersama Cikgu Che Noh bin Che Hassan dan 2 orang guru praktikal [Cik Nur Salwani dan Cik Mastura]

3. JK Pengurus Peserta Agong ini dibekalkan dengan beberapa peralatan untuk memudahkan lagi pengurusan pendaftaran peserta rumah-rumah sukan antaranya,
1. sebuah motorsikal
2. sebuah walkie talkie
3. sebuah healer.
4. satu set borang pertandingan.

4. Beberapa masalah yang terpaksa dihadapi oleh JK Pengurus Peserta Agong ialah,
a. tiada / kurang kerjasama daripada Guru-guru dan pemimpin pelajar Rumah-rumah Sukan
b. set borang pendaftaran peserta yang tidak lengkap dan tiada panduan penyertaan.
c. tidak cukup alat komunikasi seperti walkie talkie dan healer
d. sikap segelintir pelajar yang tidak mengikut peraturan seperti berada/ berkumpul di atas garisan balapan, membuang sampah merata-rata dan melepak ditepi2 pokok dan pagar sekolah.

5. Alhamdulillah, walaupun mengahadapi sedikit masalah, namun dengan izin Allah swt, maka KOT yang ke-13 dapat dilaksanakan dengan lancar dan jayanya...

6. Jumpa lagi tahun hadapan!!!!, adalah diharapkan semoga pada tahun hadapan Ketua Pengurus Peserta Agong bukan lagi orang yang sama.... WAN AHMAD TARMIZI HJ WAN DAUD Tukarlah...

No comments:

Post a Comment