Wan Ahmad Tarmizi Hj Wan Daud

Wan Ahmad Tarmizi Hj Wan Daud

SEMBELIHAN KORBAN

KATA-KATA ALUAN PENULIS


Assalamualaikum warahmatulllahi wabarakatuh…



Bersyukur saya kehadrat Allah swt.kerana dengan Izin dan InayahNya, saya dapat mempromosikan beberapa artikel dan rencana saya menerusi gcpismtkk.blogspot.com ini. Tahniah juga kepada semua pembaca yang secara sengaja atau tidak melayari blog keramat ini.


Laman web atau blogger adalah laman baru yang bebas daripada kawalan atau selian pihak-pihak yang berkenaan. Penulis juga, dengan kehendak dan niatnya yang tersendiri, boleh secara bebas mengutarakan apa yang difikir dan dikehendakinya. Walaupun begitu reality dan fantasinya, maka penulis akan berusaha mengubah minda pembaca agar dapat mengambil beberapa manafaat…daripada gcpismtkk.blogspot.com ini



Sekian terima kasih.

WAN AHMAD TARMIZI HJ WAN DAUD


20 Oktober 2009



Monday, October 19, 2009

HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN

HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN

3.1 Pengajaran dan Pembelajaran
Pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah satu proses berterusan dalam
menjayakan matlamat pendidikan. Ia perlu dirancang dengan baik dan tersusun.
Pelaksanaan P&P akan menjadi lebih mudah dan bersistematik apabila
mengambilkira tahap pencapaian murid berdasarkan dari analisis headcount.
Sebagai contoh, murid cemerlang, murid sederhana dan murid berprestasi rendah
dalam satu kelas bolehdikumpulkan mengikut tahap pencapaian masing-masing.
Pelaksanaan proses P&P mestilah menggunakan pendekatan yang
bersesuaian dengan tahap keupayaan kognitif kelompok. Murid boleh
dikelompokkan berpandukan kepada keputusan peperiksaan. Pengelompokan ini
dapat memudahkan program pemulihan, pengukuhan dan pengayaan dijalankan.
Semua pihak bertanggungjawab dan memainkan peranan agar proses P&P
dapat dilaksana dengan betul, mantap dan memenuhi keperluan headcount . Pihakpihak yang bertanggungjawab adalah seperti berikut :-


3.1.1 Pentadbir Sekolah (Pengetua/Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Kanan
Mata pelajaran)

Pentadbir sekolah merupakan penggerak utama dalam pelaksanaan
headcount. Di antara peranannya bagi memenuhi keperluan headcount ialah:
i. Merancang, merangka, melaksana dan menilai tindakan-tindakan ke arah
mencapai sasaran yang telah ditetapkan dalam Majlid Kurikulum Sekolah.
ii. Memeriksa dan menyemak Rekod Persediaan Mengajar Guru secara
berkala.
iii. Membuat pemantauan P&P, pemeriksaan buku kerja dan buku latihan
murid secara berkala dan terancang.
iv. Membuat pencerapan klinikal untuk membantu guru meningkatkan
kemahiran profesional mereka.
v. Membuat pemantauan rekod headcount secara konsisten dan terancang.
vi. Pengetua atau Guru Besar memastikan perancangan dan pelaksanaan
program kecemerlangan akademik berasaskan data dan analisis
headcount (Rujuk Bab 5: Post-mortem Akademik)
vii. Menyediakan segala keperluan dan sumber untuk P&P.
viii. Merancang program perkembangan staf (kursus / seminar / bengkel /
ceramah).
ix. Memberi penghargaan dan pengiktirafan.
x. Membuat pemantauan pencapaian prestasi murid selepas penilaian dan
peperiksaan
xi. Memimpin, membimbing, dan memotivasikan guru dan murid.
xii. Memberi penerangan dan taklimat tentang headcount kepada ibubapa.

3.1.2 Ketua Panitia Mata Pelajaran.

3.1.2.1 Fungsi Ketua Panitia dalam Jawatankuasa Panitia

i. Memastikan guru menyediakan dan membuat perancangan harian P & P
mengikut Rancangan Pengajaran Tahunan dan Huraian Sukatan
Pelajaran berdasarkan aras yang sepatutnya.
ii. Memastikan guru menyediakan soalan ujian/peperiksaan mengikut Jadual
Spesifikasi Item.
iii. Menyemak dan menyerahkan set soalan ujian / peperiksaan kepada pihak
pentadbiran.
iv. Membuat dan membincangkan analisis ujian / peperiksaan setiap mata
pelajaran mengikut aliran dalam mesyuarat panitia (audit akademik).
v. Memastikan guru mengenalpasti kekuatan dan kelemahan setiap murid
berasaskan analisis item.
vi. Menyelaras penyusunan strategi, perancangan tindakan pemulihan,
pengukuhan dan pengayaan. Contohnya penyediaan modul mengikut
aras pencapaian murid, bimbingan pedagogi, pengajaran mikro dan
seumpamanya.
vii. Mengadakan hubungan kerjasama dua hala sama ada dengan panitia
sekolah, daerah atau negeri lain untuk meningkatkan prestasi seperti
pertukaran soalan, lawatan penanda aras dan perbincangan profesional.
viii. Menyelaras penyediaan bahan-bahan bantu mengajar dan belajar yang
mencukupi seperti buku teks, buku rujukan, carta, bahan multimedia, dan
lain-lain yang bersesuaian mengikut tahap murid.
ix. Menyelaras perancangan dan pelaksanaan program perkembangan staf
mengikut keperluan.

3.1.2.2 Fungsi Ketua Panitia dalam Jawatankuasa Kecil Headcount
Membincangkan sasaran pencapaian murid dan panitia (ETR) dalam J/K kecil
HC untuk diselaraskan di peringkat panitia dan dikemukakan dalam Majlis
Kurikulum Sekolah

3.1.2.3 Fungsi Ketua Panitia dalam Majlis Kurikulum Sekolah
Memberi maklumbalas dan mengemukakan strategi panitia dalam Majlis
Kurikulum Sekolah berdasarkan maklumat headcount

3.1.3 Guru Mata Pelajaran
i. Memahami dan menghayati kandungan Huraian Sukatan Pelajaran mata
pelajaran yang diajar.
ii. Menguasai kandungan mata pelajaran yang diajar.
iii. Membuat persediaan mengajar berdasarkan Sukatan Pelajaran yang
bersesuaian dengan aras keupayaan murid.
iv. Merancang P&P menggunakan pendekatan pedagogi yang bersesuaian.
v. Menyedia dan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian
dengan tajuk dan keupayaan murid.
vi. Menyedia dan menggunakan bahan-bahan multimedia yang bersesuaian.
vii. Menyediakan bahan akses kendiri bagi keperluan pembelajaran murid.
viii. Menjalankan P&P berkesan dalam bilik darjah.
ix. Berinteraksi dengan murid semasa proses P&P bagi membimbing dan
memotivasikan murid.
x. Membuat analisis tentang keupayaan dan tahap perkembangan murid
berprestasi tinggi, sederhana dan rendah.
xi. Menjalankan ujian dan penilaian terhadap keberkesanan P&P secara
formatif atau sumatif.
xii. Membuat refleksi kendiri selepas setiap kali sessi P&P untuk tujuan
penambahbaikan.
xiii. Mengenalpasti pencapaian setiap murid yang diajar mengikut headcount.
xiv. Membincang pencapaian murid sesama guru mata pelajaran berpandukan
prinsip Kumpulan Meningkat Kualiti (KMK).
xv. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pelaksanaan P&P untuk
dilaporkan dalam mesyuarat panitia.
xvi. Menyediakan pelaporan dan post-mortem terhadap prestasi murid secara
terperinci untuk dibincangkan dalam mesyuarat panitia.(Rujuk Bab 5:
perkara 5.4)
xvii. Melaksana strategi peningkatan prestasi murid yang
ditetapkan.berdasrakan maklumat ‘near-miss’ (Rujuk Bab 5 : perkara 5.5)
xviii. Menjalankan perbincangan klinikal berpandukan headcount.
xix. Menyelesaikan sukatan pelajaran dalam masa yang ditetapkan atau
sebelum ujian / peperiksaan.
xx. Menggunakan sukatan minimum (MAS - minimum adequate syllabus)
bagi kumpulan murid berprestasi rendah.

3.1.4 Guru Darjah / Kelas
i. Memastikan murid-murid memahami dan menghayati headcount sebagai
satu strategi untuk meningkatkan prestasi akademik mereka.
ii. Memastikan maklumat-maklumat headcount dipaparkan di papan
kenyataan kelas.
iii. Mengurus, membimbing dan memastikan murid-murid melengkapkan Graf
Prestasi Diri selepas setiap ujian / peperiksaan.
iv. Membimbing, memberi motivasi, penghargaan dan nasihat kepada muridmurid
berdasarkan analisis Graf Prestasi Diri mereka.
v. Menyediakan pelaporan prestasi murid kepada ibu bapa ( Contoh :
Lampiran 4.2).
vi. Perbincangan bersama ibu bapa semasa Hari terbuka mengenai prestasi
akademik anak-anak mereka berdasarkan pelaporan prestasi dan
dokumen Graf Prestasi Diri,
vii. Menerangkan kepada ibu bapa supaya mereka lebih memahami Graf
viii. Prestasi Diri dan meneliti bersama jurang perbezaan antara OTR dan AR
anak-anak mereka.
ix. Memimpin dan mengurus kelas dari aspek kebersihan, keceriaan dan
keselamatan supaya suasana kelas sentiasa kondusif untuk peperiksaan.
x. Membimbing dan mengawal disiplin murid dari segi kehadiran, kepatuhan
kepada peraturan sekolah dan semangat ingin belajar supaya halangan
halangan kepada pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dapat
dikurangkan.

3.1.5 Guru Bimbingan dan Kaunseling
i. Membantu panitia mata pelajaran mengenalpasti kekuatan dan kelemahan
setiap murid berasaskan analisis item.
ii. Membantu panitia mata pelajaran sebagai urusetia program
perkembangan staf.
iii. Membimbing dan memotivasikan murid untuk memberi pengharapan bagi
mencapai ETR.
iv. Membimbing dan memotivasikan murid mengikut kelompok prestasi tinggi,
sederhana dan rendah berdasarkan kepada analisis yang dibuat oleh guru
mata pelajaran.
v. Menjadi urusetia dalam melaksanakan strategi peningkatan prestasi
murid.
vi. Menjadi urusetia, penceramah atau pembimbing ketika program
pemulihan dan pengayaan murid untuk mencapai ETR.
vii. Membantu pihak pentadbir dalam urusan seperti sesi pertemuan antara
pentadbir dengan murid untuk tujuan memberikan motivasi, peringatan
dan kesedaran.
viii. Membantu pentadbir, ketua bidang atau panitia untuk menghubungi
pegawai-pegawai jemputan untuk program peningkatan akademik murid
atau program peningkatan profesionalisme untuk guru.
ix. Bertemu dan berbincang dengan ibubapa tentang prestasi murid
berdasarkan headcount dan strategi peningkatan prestasi bersama
ibubapa.

3.1.6 Murid
i. Mengenalpasti pencapaian kendiri (TOV).
ii. Mempunyai kemahuan dan berminat meningkatkan pencapaian kendiri.
iii. Menetapkan sasaran (ETR) dan menyediakan Graf Prestasi Diri
iv. Merancang peningkatan diri dengan bantuan guru.
v. Sentiasa membuat perbincangan dengan guru untuk meningkatkan
prestasi murid agar mencapai sasaran yang ditetapkan.
vi. Mengikuti program-program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah.

3.2 Pengujian Dan Pengukuran
Pengujian dan pengukuran adalah satu kaedah bagi membolehkan pihak
sekolah membuat penilaian terhadap pencapaian murid serta keberkesanan P&P
dan program-program yang dijalankan di sekolah selari dengan keperluan
headcount. Menurut R.M Gange (The Conditions Of Learning), pengujian ialah satu
cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu. Di
dalam sesebuah kelas, pengujian ini digunakan untuk mengukur perubahan tingkah
laku berkaitan dengan aktiviti P&P. Ia merupakan kaedah pengukuran dengan tujuan
mendapat maklumat tentang pencapaian murid-murid dalam pelbagai bidang
kognitif, psikomotor dan afektif.
Pengukuran ialah suatu proses yang digunakan untuk menentukan nilai
kuantitatif sesuatu benda, perkara, atau keadaan. Nilai kuantitatif ini biasanya
dinyatakan dalam sesuatu unit angka yang tetap dengan menggunakan alat
pengukuran yang berkaitan. Pengujian dan pengukuran dapat memberi pihak
sekolah suatu indikator pencapaian sama ada dalam bentuk kualitatif dan kuantitatif
untuk dianalisis. Dapatan dari analisis ini membantu sekolah membuat sesuatu
keputusan dalam merancang program-program dan tindakan penambahbaikan.
51

3.2.1 Proses Pengujian Dan Pengukuran Bagi Memenuhi Keperluan
Headcount
Proses pengujian dan pengukuran yang dijalankan dalam proses P&P
haruslah menepati sasaran murid serta tahap pencapaian murid. Dalam
menyediakan instrumen pengujian dan pengukuran hendaklah mempunyai aras
rendah, sederhana dan tinggi. Contohnya 40% soalan aras rendah, 40% soalan
aras sederhana dan 20% soalan aras tinggi. Ini dapat membantu murid mencapai
potensi sebenar mereka dan mendorong mereka untuk mencapai tahap yang lebih
tinggi ( mencapai OTR dan seterusnya ETR ).
Setelah guru menjalankan siri P&P dalam bilik darjah, guru akan membuat
penilaian dalam bentuk ujian formatif. Seterusnya pihak sekolah menjalankan
penilaian dalam bentuk ujian sumatif. Proses-proses dalam menjalankan ujian
sumatif boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu sebelum, semasa dan
selepas pengujian.

3.2.1.1 Sebelum Pengujian:
i. Mesyuarat peringkat panitia membincangkan panduan-panduan membina
soalan dan tajuk-tajuk yang perlu diuji agar peperiksaan berjalan lancar.
ii. Guru-guru membina soalan mengikut Jadual Spesifikasi Item (JSI) dan
aras kognitif Taksonomi Bloom yang telah disediakan berdasarkan
sukatan pelajaran.
iii. Murid-murid dan ibu bapa diberikan surat makluman serta jadual
peperiksaan sebelum peperiksaan dijalankan.
iv. Guru Kanan Mata Pelajaran dan Ketua Panitia menyemak kertas soalan
untuk kawalan mutu.
v. Soalan yang telah siap dicetak disimpan di bilik khas / bilik peperiksaan
yang selamat.
vi. Guru-guru diingatkan agar menjaga kerahsiaan soalan.
vii. Memastikan tempat peperiksaan berada dalam keadaan kondusif.

3.2.1.2 Semasa Pengujian:
i. Murid-murid menduduki peperiksaan.
ii. Guru-guru memberi taklimat mengenai peperiksaan.
iii. Guru-guru bertanggungjawab memastikan peperiksaan berjalan lancar.

3.2.1.3 Selepas Pengujian:
i. Guru pengawas peperiksaan mengumpul dan menyerahkan skrip jawapan
kepada guru mata pelajaran.
ii. Guru mata pelajaran memeriksa kertas jawapan mengikut skema.
iii. Guru yang memeriksa kertas jawapan menyerahkan markah kepada guru
kelas.
iv. Markah dimasukkan ke dalam aplikasi SAP HC oleh guru kelas atau guru
mata pelajaran.
v. Slip keputusan yang telah siap diserah kepada murid dan ibu bapa
(Lampiran 3.1 dan 3.2).
vi. Post-mortem dijalankan di peringkat panitia berdasarkan analisis yang
disediakan.
vii. Majlis Kurikulum Sekolah berbincang dan mengambil tindakan bagi
mengatasi masalah berbangkit.

No comments:

Post a Comment