Wan Ahmad Tarmizi Hj Wan Daud

Wan Ahmad Tarmizi Hj Wan Daud

SEMBELIHAN KORBAN

KATA-KATA ALUAN PENULIS


Assalamualaikum warahmatulllahi wabarakatuh…



Bersyukur saya kehadrat Allah swt.kerana dengan Izin dan InayahNya, saya dapat mempromosikan beberapa artikel dan rencana saya menerusi gcpismtkk.blogspot.com ini. Tahniah juga kepada semua pembaca yang secara sengaja atau tidak melayari blog keramat ini.


Laman web atau blogger adalah laman baru yang bebas daripada kawalan atau selian pihak-pihak yang berkenaan. Penulis juga, dengan kehendak dan niatnya yang tersendiri, boleh secara bebas mengutarakan apa yang difikir dan dikehendakinya. Walaupun begitu reality dan fantasinya, maka penulis akan berusaha mengubah minda pembaca agar dapat mengambil beberapa manafaat…daripada gcpismtkk.blogspot.com ini



Sekian terima kasih.

WAN AHMAD TARMIZI HJ WAN DAUD


20 Oktober 2009



Wednesday, May 26, 2010

EPILOG ANAK-ANAK DIDIK SMTKK














EPILOG ANAK-ANAK DIDIK SMTKK
OLEH USTAZ WAN AHMAD TARMIZI HJ WAN DAUD

Anak-Anak Didik SMTKK, Murid Sejati
Menjungjung Perintah Rabbul Izzati
Memikul Amanah Sepenuh Hati
Menggalas Harapan Abati Dan Ummi
Hormati Guru Amalan Murni

Anak-Anak Didik SMTKK, Murid Tersohor
Mendapat Nikmat Selalu Bersyukur
Tabah, Berani, Tekun Dan Jujur
Budi Dan Bakti Selalu Ditabur
Tazkirah Dan Nasihat Dijadikan Obor

Anak-Anak Didik SMTKK, Berjati Diri
Budaya Ilmu Hiasan Abadi
Selalu Tiba Di Awal Pagi
Salam Dihulur Bertaut Hati
Buku Catatan Selalu Disisi

Anak-Anak Didik SMTKK, Murid Cemerlang
Gigih Dan Tekun Dalam Pelajaran
Hebat Beraksi Di Padang Dan Balapan
Mengukir Kejayaan Tekniken Gemilang
Memahat Keunggulan

Anak-Anak Didik SMTKK, Murid Bijaksana
Nasihat Guru Diamal Sentiasa
Mengasah Bakat, Menajamkan Minda
Berjuang Merangkul Juara
Sopan Santun Dan Berbudi Bahasa

Anak-Anak Didik SMTKK, Murid Berkualiti
Minda Kelas Pertama Sentiasa Terpateri
Khusyuk Menadah Kitab Penawar Hati
Bacaan Yaasin Amalan Bistari
Sentiasa Bersemangat Dan Bermotivasi

Demikianlah Epilog Murid Kami
Yang Sentiasa Menjunjung Budi
Agar Sejahtera Duniawi
Serta Bakal Mewarisi…..
Taman-taman Jannatul Firdausi

Ya Allah Ya Tuhan Kami!!
Bimbinglah Kami
Dan Anak-Anak Didik Kami
Ke Jalan Yang Engkau Redhai
Jauhi Kami
Dari Bisikan Syaitan Dilaknati
Agar Hidup Kami
Sentiasa Dirahmati
Ilahi…

Ubahsuai Epilog Asal Dengan Izin..
Ustazah Hjh. Maznah Mukhtar
27052010

No comments:

Post a Comment