Wan Ahmad Tarmizi Hj Wan Daud

Wan Ahmad Tarmizi Hj Wan Daud

SEMBELIHAN KORBAN

KATA-KATA ALUAN PENULIS


Assalamualaikum warahmatulllahi wabarakatuh…



Bersyukur saya kehadrat Allah swt.kerana dengan Izin dan InayahNya, saya dapat mempromosikan beberapa artikel dan rencana saya menerusi gcpismtkk.blogspot.com ini. Tahniah juga kepada semua pembaca yang secara sengaja atau tidak melayari blog keramat ini.


Laman web atau blogger adalah laman baru yang bebas daripada kawalan atau selian pihak-pihak yang berkenaan. Penulis juga, dengan kehendak dan niatnya yang tersendiri, boleh secara bebas mengutarakan apa yang difikir dan dikehendakinya. Walaupun begitu reality dan fantasinya, maka penulis akan berusaha mengubah minda pembaca agar dapat mengambil beberapa manafaat…daripada gcpismtkk.blogspot.com ini



Sekian terima kasih.

WAN AHMAD TARMIZI HJ WAN DAUD


20 Oktober 2009



Tuesday, May 25, 2010

HARI KELUARGA SMTKK 2010
















1. Kelab Warga SMTKK 2010 telah mengadakan Hari Keluarga SMTKK 2010 pada 21 -22 Mei 2010 di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan[PCB] , Kota Bharu Kelantan.

2. Seramai 16 keluarga telah mendaftarkan diri untuk menginap di sana pada 21 Mei 2010.

3. Pada malam tersebut, [21 mei 2010], program bersantai sambil membakar [BBQ] akan di adakan bermula jam 8.00 malam. Semua warga SMTKK telah dijemput hadir walaupun tidak menginap di chalet pada malam tersebut.

4. Acara membelah kek sempena ulangtahun pengetua, Tn Hj. Awang bin Junoh telah di adakan secara mengejut bagi memeriahkan lagi program barbeque ini. Tayangan gambar program sambutan hari Guru SMTKK 2010 juga telah diadakan bagi mengisi slot tersebut .

5. Pada 22 Mei 2010, bermula jam 10.00 pagi, sukaneka diadakan ditapak sukaneka ditepi pantai yang indah dalam suasana hujan renyai-renyai sehingga jam 12.00 tgh.

6. Kanak-kanak yang akan menyertai pertandingan sukaneka ini dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu, kumpulan bawah 6 tahun, kumpulan 7-12 tahun dan kumpulan pelajar sekolah menengah/dewasa.

7. Program Sukaneka Hari Keluarga ini akan dirasmikan oleh Pengetua SMTKK, Tuan Haji Awang bin Junoh..

8. Kebanyakkan ahli Kelab Warga SMTKK hadir untuk memeriahkan lagi program ini...

9. Terima kasih kepada semua ahli Kelab Warga yang banyak membantu antaranya Ustaz Abdul wahab bin Omar[Banting] Pn. Mazura Hamat[Hadiah], Tn Hj. Ramly [ BBQ], En. Ramli Hamat [Sukaneka], Cik Syafenaz [Kek Birthday BOSS], Pn. Zawatil Isyqi [Meehun dan pencicah], En. Zainuddin Abdul Rahman[ Ketua Penyelaras BBQ] dan rakan-rakan lain...


Drpd,
WAN AHMAD TARMIZI HJ WAN DAUD
Pengerusi Kelab Warga 2010/2011

No comments:

Post a Comment